Saturday, November 18, 2017

Nak update blog tapi malu nak kasi tau tajuk

Dah lame sangat tak update blog. Dan dah lame juga tak gune bahase pasar semasa menulis blog. Kalau blog ni ibarat rumah, gerenti dah bersawang sini sane.

Actually aku (sorry kalau kasar, maklum la bahase pasar), aku ade tajuk gempak nak ditulis dalam entry kali ni. Tapi paham2 je la, sebab status aku ni 'anonymous' sejak dulu sampai sekarang. So aku mesti hati2 la sikit. Takut orang kenal, tahu dan faham. Akhirnya terdedah lah siapa anonymous ini, melalui kisah yang aku paparkan di sini.

So, kalau aku dah decide nanti, aku akan kasi tau ape tajuk gempak tu. Ni kalau orang Google perkataan 'Gempak', (komik yang banyak kartun jepun tu lah, suatu ketika dulu), mau terdampar kat sini nanti. Last2 blah cenggitu jer. HAhah....\\

Berbalik kepada tajuk gempak tadi, aku kasi hint lah sikit. Ia berkenaan teknologi. Teknologi ni memang jadi perdebatan hangat dari dulu sampai sekarang. Kita ambil contoh mudah la. INTERNET. Ramai orang kate ia bagus, tapi ramai juga kate ia membawa banyak keburukan. So mane satu yang betul. Ini lah yang cube aku sampaikan. Tapi bukan tajuk internet lah. Dan tajuk yang aku nak tulis ni nanti, memang menjadi perdebatan hangat sejak dulu lagi. Sejak komputer mula dicipta kot tak salah. Tapi dalam alam melayu ni tak berapa popular tentang perkara ni. Sebab perkara ni bermula dari sebelah barat. Kita semua di timur...

Rase2 korang tau tak tajuknye ape? Tajuk ni memang aku banyak ilmu tentang nya. Bukan nak menunjuk. Sebab aku dah ikut 'idea' yang manusia cipta ni sejak zaman aku kecik lagi. So memang banyak lah yang aku tahu, secara mantiknya.

Sape yang nak tahu??? Jeng,jeng, jeng.......

Monday, January 30, 2017

Isu Kepulauan Spratly menjadi lebih tegang di bawah pemerintahan Trump

Pulau Spratly atau lebih dikenali sebagai Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian di antara negara-negara seperti China, Vietnam, Filipina dan juga Malaysia sejak tahun 2005, kini kembali menjadi isu hangat antarabangsa di tahun 2017 ini sejak president baru Amerika Syarikat, Donald Trump mengangkat sumpah pada 20 Januari yang lalu.

Sebagai rekod, Amerika Syarikat mempunyai kepentingan minyak di kepulauan tersebut dan ia milik sebuah syarikat minyak terkenal mereka iaitu Exxon Mobil sejak sekian lamanya. Amerika Syarikat juga malah mendakwa bahawa pulau tersebut terletak di perairan antarabangsa serta tidak tertakluk di bawah kekuasaan mana-mana negara.

Negara China juga telah menjadikan aktiviti tebus tanah di kawasan kepulauan tersebut sebagai langkah provokasi terhadap U.S selepas mereka menjadikan kepulauan tersebut sebagai hub mereka untuk mencarigali minyak dan gas. Ini diburukkan lagi dengan kapal-kapal perang China yang sentiasa mengawasi kawasan Laut China Selatan tersebut sejak kepulauan tersebut menjadi pertikaian antarabangsa. Isu tersebut walaubagaimanapun telah diselesaikan oleh mahkamah antarabangsa yang memihak kepada U.S dengan menyatakan  kawasan kepulauan tersebut sememangnya kawasan perairan antarabangsa sejak lebih 10 tahun dahulu.

Presiden baru U.S pula berikrar akan menghantar lebih banyak lagi kapal-kapal perang mereka sebagai tindakbalas di atas tindakan negara China tersebut. Sebagai rekod, U.S pernah melarang tindakan tebus tanah yang dilakukan oleh negara China di kepulauan tersebut, namun tiada kata putus yang diperoleh oleh kedua-dua negara kuasa besar Asia dan Barat itu berhubung isu tersebut hingga kini.