Saturday, December 24, 2016

Teknologi canggih yang bakal menjelma tidak lama lagi

Sekarang kalau tak silap saya di Dubai, dah banyak kereta yang auto drive. Kereta-kereta yang macam ni banyak memberi kemudahan sebenarnya, disamping mengurangkan risiko kemalangan. Sebagai info, sekarang dah banyak kilang-kilang elektronik yang menghasilkan sensor sensor kenderaan auto ini untuk dieksport ke negara negara maju bagi menghasilkan kereta kereta auto drive ini. Salah satunya adalah negara kita sendiri.

Kalau kereta kereta seperti ini telah memasuki pasaran nanti, saya yakin bahawasanya kemalangan kemalangan terutamanya yang melibatkan motosikal dapat dikurangkan. Ini kerana melalui pengamatan saya, penunggang motosikal lah yang paling banyak terlibat dalam kemalangan. Kebanyakan yang terbabit dalam kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh sikap mereka sendiri, disamping kecuaian yang diakibatkan oleh kenderaan lain.

Kenderaan canggih ini dapat mengesan objek objek yang menghampiri kenderaan ini dan seterusnya akan mengambil langkah 'mencegah' dengan cara mengelak objek tersebut daripada terus berlanggar dengannya. Ia ibarat 'perisai' yang sentiasa mengawasi keseluruhan badan kenderaan canggih ini.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa setiap teknologi mempunyai kelemahannya tersendiri. Namun kita juga sebenarnya mestilah berusaha bagi mengelakkan perkara tidak diingini ini daripada berlaku di dalam hidup kita. Salah satunya adalah dengan penggunaan teknologi yang bermanfaat seperti ini.

Selain itu, saya juga mengimpikan setiap urusniaga  yang ada pada hari ini di lakukan tanpa melibatkan hubungan langsung sesama manusia. Bukan untuk menafikan hubungan harmoni sesama manusia seperti yang ada sekarang, tetapi ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko perselisihan faham yang mungkin juga akan merebak ke tahap permusuhan . Lebih teruk lagi jika ia menjadi perbalahan serta pertelingkahan yang sudah semestinya mempunyai kaitan dengan unsur yang negatif. Maksud saya di sini, alangkah baiknya jika teknologi robot menjadi perantara sesama manusia. Mengambil dan memesan makan di fast food chain restaurant di lakukan sepenuhnya oleh robot. Manusia hanya terlibat di peringkat pengurusan, dan terlibat dengan pelanggan hanya dalam bentuk perhubungan tidak langsung. Sekarang di Jepun, sudah ada pasaraya yang semuanya dilakukan oleh robot. Manusia hanya terlibat di peringkat pengurusan seperti penjaga stor dan juga pegawai. Kumpulan sokongan adalah sepenuhnya terdiri daripada robot-robot yang sentiasa melakukan kerja dengan kesilapan yang paling minimal, dan hanya perlu diselenggara oleh manusia apabila telah sampai masa untuk diselenggara.