Monday, January 25, 2016

Lagu Cenderawasih | KRIS

Lagu Cenderawasih | KRIS


Matamu mencerminkan resah. Kembara ke ancala yang bersalju. Peperangan kuasa dan jasa, di dalam lamunan, menggentas bakawali.

Jauharmu, mencorakkan rindu. Berputik di ranting mayapada. Perjanjian , naluri dan hikmah di dalam impian menggamit cinta sakti. Lagu cenderawasih...

Sesungguh ku dambakan pasangan dua dunia. Benar hingga melampaui adat dan masa. Sesungguh ku dambakan pasangan dua dunia. Benar hingga menyinarkan bukti yang nyata.

{ulang rangkap 'peperangan kuasa dan jasa.....(sehingga... '...menggentas bakawali') kemudian [langkau] perjanjian....lagu cenderawasih. Kemudian  'sesungguh ku dambakan....(sehingga....'bukti yang nyata'). Kemudian 'sesungguh ku dambakan pasangan dua dunia, benar hingga menyinarkan bukti yang nyata'. Akhir sekali, [ulang rangkap pertama hingga,'..kembara ke ancala yang bersalju...yang bersalju]}

Monday, January 11, 2016

Isu breastfeeding

Actually saya tak berapa pasti masalah sebenar tentang isu kempen breastfeeding secara terbuka di tempat awam. Apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh golongan ibu-ibu muda ini? Adakah ia salah satu daripada beberapa jenis kempen-kempen kesedaran yang pernah di adakan?

Namun begitu, saya berpendirian bahawa, tidak salah untuk breastfeeding di mana saja, dengan beberapa syarat tertentu seperti :


  1. Tidak menampakkan aurat semasa BF. Di mana ia jelas sesuatu yang haram dan berdosa.
  2. Bukan dengan niat untuk menunjuk
  3. Sesuai dengan budaya dan persekitaran

 Golongan-golongan ibu-ibu ini mesti memikirkan isu sensitiviti. Sesetengah masyarakat dan budaya setempat tidak dapat menerima kempen-kempen seperti ini kerana bimbang berlakunya perkara yang tidak diingini. Mungkin para ibu-ibu ini ingin menunjukkan betapa sayangnya mereka terhadap anak-anak. Namun ia jelas mendatangkan suara-suara yang tidak enak untuk didengar.