Wednesday, December 30, 2015

Perang Jamal

Umat Islam mula dilanda ombak fitnah semasa zaman pemerintahan  saidina Uthman bin Affan R.A. Khulafa ar-Rasyidin yang ke 3, apabila puak pemberontak yang diketuai oleh Abdullah bin Saba', seorang Yahudi, tidak berpuas hati di atas pemerintahan saidina Uthman.

Para pemberontak bertindak berani tanpa menghiraukan umat Islam yang berada di sekitar kota Madinah, apabila beberapa kali mengancam keselamatan saidina Uthman. Beberapa siri dialog juga berlaku antara khalifah yakni saidina Uthman dan puak pemberontak, namun dialog tersebut tidak pernah mencapai kata putus sehinggalah beliau dibunuh.

Malam sebelum Uthman dibunuh, beliau telah bermimpi berbuka puasa bersama Nabi. Di dalam mimpi tersebut, beliau telah diberitahu oleh Nabi agar jangan sekali-kali tunduk kepada permintaan puak pemberontak tersebut. Selain itu, pada hari Uthman dibunuh, beliau melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaannya dengan memakai seluar, di mana sebelumnya dia tidak pernah memakai seluar bersama jubah. Mungkin ia merupakan petunjuk bahawa Uthman telah menyedari saat kematiannya hampir tiba.

Semasa diancam oleh pemberontak, sepupu Uthman iaitu Gabenor Syria ketika itu iaitu Muawiyyah sedang menghantar pasukan khas bagi membantu Uthman yang berada di saat genting ketika itu. Saidina Ali R.A juga melakukan perkara yang sama. Namun Uthman melarang apa-apa jua bantuan diberikan kepadanya, menyebabkan bantuan tidak dapat bertindak, melainkan para pemberontak menceroboh masuk terlebih dahulu ke rumah khalifah lalu membunuhnya. Ketika itu, isteri Uthman juga cedera apabila pemberontak memotong sebahagian jarinya dan merampas kain yang mempunyai kesan darah untuk dijadikan bukti bahawa mereka telah berjaya membunuh khalifah.

Selepas kewafatan Uthman, jajahan Islam ketika itu ketiadaan khalifah selama 5 hari sehinggalah Saidina Ali dilantik selepas mendapat bai'ah daripada sahabat-sahabat seperti Talhah dan Zubair al-Awwam. Sejurus selepas menjadi khalifah, saidina Ali memecat beberapa jawatan di dalam pentadbiran yang mempunyai kaitan persaudaraan dengan saidina Uthman. Muawiyah juga pada ketika itu dikatakan dipecat tetapi beliau mengingkari arahan tersebut kerana beliau mahu urusan qisas dijalankan terhadap pembunuh Uthman terlebih dahulu. Saidina Ali juga turut mengubah pusat pentadbiran Islam dari Madinah ke sebuah tempat iaitu di Kufah, Iraq. Tujuan perpindahan pusat pemerintahan/pentadbiran tersebut adalah kerana Kufah adalah tempat yang strategik, iaitu di tengah-tengah pusat jajahan Islam ketika itu seperti Semenanjung Hijjaz, Iraq, Parsi, Mesir, Syria dan beberapa buah kawasan lagi. Ada juga pendapat mengatakan tindakan Ali tersebut adalah bagi menghalang kemaraan Muawiyah ke Iraq.

Masa berlalu dan pembunuh Uthman masih belum ditangkap untuk dibicara. Dikatakan Ali belum bertindak sedemikian kerana ijtihad beliau. Malah, sebelum wafatnya Rasulullah, baginda ada berkata bahawa semasa zaman fitnah yang melanda, Ali lebih menghampiri kebenaran. Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa Ali berada di pihak yang benar, meskipun pemberontak yang membunuh Uthman belum lagi dihukum ketika itu.

Tidak lama selepas itu,  para sahabat seperti Talhah dan Zubair bersama-sama dengan Ummu Mukminin iaitu Saidatina A'isyah R.A, mengumpulkan kekuatan yang terdiri daripada umat Islam untuk berjumpa dengan khalifah Ali di Kufah. Di dalam kumpulan yang dipimpin oleh Talhah, Zubair dan A'isyah R.A itu, ada juga kumpulan yang datang dari Kufah dan Basra untuk bersatu di bawah satu bumbung kebenaran dengan hasrat untuk menyatupadukan umat Islam apabila tiba di Kufah nanti. Walaubagaimanapun, selepas menempuh suatu perjalanan yang amat jauh, setibanya di sebuah tempat bernama Basra, mereka semua bermalam di sana .

Mengetahui kedatangan kumpulan dari Madinah tersebut, puak pemberontak menjadi amat cemas kerana mengetahui bahawa mereka pasti akan dapat ditangkap dan dibunuh secara qisas apabila kumpulan dari Madinah tersebut bergabung dengan tentera khalifah Saidina Ali R.A. kelak. Oleh itu, pada malam tersebut, puak pemberontak  telah merancang sesuatu sebelum terbitnya fajar keesokan harinya.


Thursday, December 24, 2015

Video mengenai penjajahan terancang oleh Amerika Syarikat terbongkar



Semasa era perang dingin antara Amerika dan Rusia beberapa tahun dahulu, Amerika amat berwaspada terhadap negara Soviet tersebut kerana Rusia merupakan seteru yang boleh mencabar Amerika ketika itu. Penjajahan Rusia ke atas negara Afghanistan menyebabkan rancangan Amerika untuk menguasai rantau Timur Tengah seakan tergugat kerana mereka khuatir Rusia yang akan terlebih dahulu menguasai rantau Timur Tengah selepas mereka berjaya menakluk Afghanistan.

Melalui sebuah video lama yang tersebar di internet, Hillary Clinton kelihatan sedang bercakap kepada seseorang mengenai perancangan yang telah dilakukan oleh Amerika dalam tahun 80-an dahulu, sehingga negara tersebut berjaya menguasai rantau Timur Tengah pada masa kini.

Menurutnya, perkara berkaitan tentera pemberontak di Pakistan, ISI, merekrut para pejuang mujahidin, termasuk mengimport wahabi yang merupakan 'jenama' Islam ketika itu, adalah agenda mereka bersama-sama dengan Presiden Amerika, Ronald Reagen yang dinaungi oleh Parti Demokrat, 20 tahun yang lampau. Akhirnya negara Soviet itu berundur dan Amerika berjaya menguasai kebanyakan negara-negara di Timur Tengah.


Wednesday, December 23, 2015

Kisah Nabi Allah Sulaiman

Sepertimana yang kita pernah pelajari di dalam sejarah nabi-nabi. Nabi Sulaiman adalah Nabi yang memiliki sebuah kerajaan yang sangat hebat yang dikurniakan oleh Allah.

Nabi Allah Sulaiman juga mempunyai mukjizat seperti dapat berkomunikasi dengan haiwan dan jin. Maka dengan itu, tentera nabi Allah Sulaiman juga terdiri daripada golongan jin, manusia dan haiwan.

DI dalam surah an-Naml, diceritakan bagaimana Nabi Sulaiman terdengar arahan daripada ketua sang semut supaya mencari perlindungan kerana khuatir bala tentera Nabi Sulaiman akan terpijak sang semut dan gerombolannya. Tetapi Nabi Sulaiaman terlebih dahulu terdengar akan arahan sang semut tersebut. Maka Nabi Sulaiman tersenyum dan segera mengalihkan laluan tenteranya agar tidak terpijak sang semut dan gerombolannya itu.

Di dalam peristiwa yang lain, ketika Nabi Sulaiman A.S mengarahkan ke semua bala tenteranya yang terdiri daripada manusia, jin dan haiwan berkumpul bagi menghadap baginda, burung hud-hud didapati tidak hadir. Lalu Nabi Sulaiman berkata,"Di manakah hud-hud? Adakah dia termasuk di dalam senarai yang tidak hadir?". Kemudian baginda berkata lagi,"Jika dia datang nanti, aku pasti akan menghukumnya dengan hukuman yang berat".

Friday, December 11, 2015

Apa itu cinta

Aku tak berape pasti le apa itu cinta sebab aku tak pernah mengalaminya ....actually...penah kot. Cinta tak berbalas. Cinte ke namanye tu? BTW, aku dah pun berusia 32 tahun. Tahun depan dah 33. Tapi seriously, korang takkan percaye ape yang korang lihat. Tuhan menganugerahkan aku sesuatu yang sangat mahal iaitu....... 'awet'.  Aku tak nampak macam lelaki yang dah lebih 3 dekad pun.

Tapi....dalam kesyukuran nikmat, ada juga ujian. Dek kerana aku yang nampak 'awet' ni, budak2 yang sebaya atau hampir sebaye ngan aku panggil aku 'adik'. Aku just nak cakap, jangan panggil macam tu. Korang buat aku terase hati. Sebab aku penah jadi mangsa buli oleh orang yang lebih mude, yang menyangka dirinya lebih tua. Sungguh tidak sedar diri langsung makhluk tersebut...

Ape salahnye panggil encik ke, atau ape2 je panggilan yang sesuai. Kemudian kalau terase diri tu tak tahan nak panggil panggilan 'berpangkat', tanye la umur dulu. Susah ke? Pas ni boleh kite praktik same-same ye....

Berbalik tentang soal cinta . Aku rase dalam banyak2 orang yang berkahwin atau bernikah , mereka mengalami apa yang dinamakan sebagai 'cinta'. Betul tak? Adik-adik kalau ade pengalaman boleh share kat ruang komen OK?. Sebab itu lah, ada yang menggelarkan cinta itu buta. Pada aku, cinta juga adalah makhluk ciptaan Yang Maha Esa. Ia mencari orang-orang yang ikhlas untuk menerimanya. Sedangkan aku....entah lah...


Mungkin hanya masa yang akan menentukan keikhlasan aku. Aku pernah frust. Adakah ketika itu aku tidak ikhlas? Pelik juga kerana keikhlasan seakan tidak memadai buat cinta. Cinta masih 'mencari' orang lain, sehingga ia berjumpa dengan yang benar-benar serasi. Tetapi....rasenye aku lebih baik dari dia. Kenapa dia yang dipilih?? Benarlah....cinta itu memerlukan panduan, kerana ia buta....

Silap kah cinta?  Di dalam cinta juga, selain dari keikhlasan, ada juga perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain. Keikhlasan dan rasa hormat lah yang menguatkan lagi cinta. Maka dengan itu, lantak lah ape orang kata berkenaan sesebuah pasangan tentang apa yang ternampak darinya, samada sesuai atau tidak sesuai, asalkan wujudnya kedua-dua perkara tadi, maka cinta akan hadir untuk pasangan tersebut.....hmmm, aneh juga bukan??


Kisah telur yang pemarah

Kisah telur yang pemarah



'Jangan shalah shangke...adalah menjadi kewajipan kite sebelum bebuke untuk memerik??? SE!!...supaye makanan ni tak tergolong dalam makanan yang ha???RAM!!"

"Eh Ngah! Angah ingat, kami berdue ni makan makanan yang HARAM ke?!"..

"Bukan tak percaye...zaman sekarang ni dah banyak penipuan...penipuan tentang le??HER!!" "Leher pulak...label!!. Penat lah berbual-bual macam ni tak masuk-masuk!" Sambil meneguk air...

"Ngah!Ngah! Belum azan lagi!" "Belum bebuke lagi Ngah!!"....

"Oh? Iye?...kalau macam tu , itu namenye tak senga?? JE!!.. Kalau tak sengaje hukumnye tak aa? PE!!" "Ah, minumlah!!"

Azan pun berkumandang tak lame pastu...

Sorry, citer kat atas takde kaitan pun sebenaunye. Sekadar selingan. Just nak story. ..Tadi aku masak sebijik telur. Kemudian aku baring kat atas sofa. Sambil baring aku mengelamun. Aku pun dah lupe ape yang aku ngelamunkan. Kalau tak boleh story kat sini. Tengah mengelamun isu yang tak penah pupus tu, tetibe dengar macam air paip bocor. Kuat lak tu. Aku pun teringat paip yang bocor kat luar rumah. Tapi apesal kuat sangat bunyik? Lain macam je...

Last2 baru aku sedar yang aku rebus telur. Air dah mendidih sampai kering. Sian telur tu. Aku cakap dalam hati aku, kalau lah telur tu boleh bercakap, mesti dia kate,"Oi tuan, bape lame lagi nih? Aku dah terlebih panas dalam ni!". Dan aku pun berkate lagi di dalam hati,"Pemarah jugak telur ni...".


Sambil aku pun menceduk ia ke dalam gelas dan dijirus dengan air sejuk. Tak lame kemudian, sifat pemarah telur tu pun hilang..

Nasib baik tiada yang hangit. Enak dan berlemak rase telur tu. Nyum, nyum...cube lah!!!


Sunday, December 6, 2015

Apabila roh yang baik pergi meninggalkan orang yang hidup, air mata akan bercucuran dengan sendirinya

Apabila roh yang baik pergi meninggalkan orang yang hidup, air mata akan bercucuran dengan sendirinya


Amat aneh sekali perasaan manusia. Kadang-kala manusia menangis kerana sedih, kadang kala pula manusia menangis kerana gembira. Namun penyebab kenapa manusia mengalirkan air mata masih tidak pernah diketahui dengan secara tepat. Yang pastinya, manusia tidak akan mengalirkan air mata ketika marah, kecuali jika perasaannya itu disusuli dengan perasaan kecewa.

Sungguh aneh juga keserasian perhubungan sesama manusia. Ianya bukan sesuatu yang dirancang untuk berlaku, melainkan dengan kehendak Yang memegang jantung kalbu manusia iaitu Allah 'azzawajalla. Maka dengan itu ramai lah manusia yang saling kasih mengasihi setelah rasa cinta dan kasih itu hadir ke dalam diri mereka. Mereka mengasihi keranaNya, dan mereka membenci juga keranaNya.

Telah menjadi ketetapan alam, roh-roh yang baik saling berada dekat antara satu sama lain, dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, jarang kita lihat seseorang yang dikatakan jahat, berada bersama di kelompok mereka yang baik atas matlamat yang sama, kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Dan begitu juga sebaliknya

Suhu air mata manusia juga merupakan indikasi akan perasaan yang dialami seseorang manusia. Cuba anda rasa air mata yang keluar ketika anda mengalami kesedihan. Adakah ia panas? Bagaimana pula dengan air mata ketika anda gembira atau terharu?. Air mata gembira selalunya air mata yang sejuk. Mungkin kerana keluarnya ia tidak disengajakan, seperti ketika anda sedang menguap. Mungkin juga kerana keluarnya ia terlalu ikhlas. Tetapi jika air mata kesedihan, kadang-kadang kita cuba pula untuk menahannya daripada keluar.

Jika satu roh yang jahat pergi meninggalkan dunia ini, mungkin ada manusia samada  yang baik atau yang  jahat menangisi pemergian  manusia tersebut. Tetapi jika satu roh yang baik pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya, tidak kira manusia baik atau pun yang dikatakan jahat, semua nya akan sama-sama merasai kesedihan itu, sehingga air mata akan bercucuran dengan sendirinya tanpa disedari...



Thursday, December 3, 2015

Sekilas tentang perselisihan pendapat antara beberapa aliran di dalam agama

Berikut adalah beberapa perselisihan antara beberapa aliran di dalam agama yang sering menjadi perdebatan hebat sejak dulu hingga kini. Antaranya :


  1. Terdapat aliran fahaman yang mengatakan bahawa Allah sememangnya beristiwa' di atas arasy seperti mana yang disebutkan di dalam ayat al-Qur'an sementara ahli sunnah wal jamaah berpegang teguh pada pendirian bahawa Allah wujud tidak bertempat (tidak semestinya di arasy-Nya)
  2. Berkenaan sifat 20
  3. Al-Qur'an itu qadim.

Wednesday, December 2, 2015

Kaedah perawatan sihir secara sendiri (alami) tanpa orang perantaraan

....Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk.Dan dari kejahatan makhluk-makhluk (tukang sihir wanita) yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan dan ikatan tali....
(Surah al-falaq)






Apa yang bakal saya terangkan mengenai kaedah perawatan sihir secara sendiri ini adalah berdasarkan apa yang pernah saya pelajari. Keberkesanan rawatan ini bergantung kepada keyakinan anda terhadap ayat suci al-Qur'an. Namun begitu, usaha serta ikhtiar rawatan bagi mereka yang terkena sihir adalah sesuatu yang dituntut. Oleh kerana itu juga, merawat sihir dan penyakit merupakan  suatu fardhu kifayah.

Sihir atau pun 'ain akan menyebabkan seseorang itu dilanda pelbagai masalah di dalam hidupnya. Dia akan merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan hidupnya. Sebagai contoh, seseorang yang sukar mendapat jodoh walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Sihir juga akan menyebabkan seseorang itu seperti terhalang daripada mencapai kejayaan di dalam hidupnya. Jika anda mempunyai antara tanda-tanda yang disebutkan, boleh jadi anda telah terkena sihir ataupun 'ain.

Sebagai info, anda tidak perlu menjadi ustaz ataupun orang soleh untuk merawat sihir secara sendiri. Namun sekiranya anda tergolong di dalam golongan yang disebutkan , mungkin ianya sesuatu yang lebih afdhal di dalam perawatan sihir secara sendiri. Sekali lagi dijelaskan, jika anda bukan ustaz atau pun orang alim atau soleh, anda masih mampu untuk merawat sihir secara sendiri. Insya-Allah.

Berikut adalah kaedah yang boleh dilakukan bagi merawat sihir :


  1. Sediakan segelen air. Jika tiada, anda mungkin terpaksa membahagikan ke dalam beberapa buah bekas sehingga cukup segelen. Namun setiap bekas yang baru, anda mesti membaca surah2 yang akan saya beri
  2. Baca surah al-fatihah, ayat kursi, 3 qul (al-ikhlas, al-falaq, an-naas), surah al-a'raaf (117-120), surah toha (68-70) dan surah yunus (81-82). Ke semua surah ini harus dibaca sebanyak 11 kali kepada air segelen yang telah disediakan.
  3. Air ini boleh digunakan untuk minum dan juga untuk mandi. Amalkan mandi dengan air ini sebanyak 12 malam sehingga habis. Boleh dicampur dengan air biasa semasa mandi. Air daripada mandian hendaklah ditakung kemudian anda boleh gunakan air ini untuk menyiram pokok-pokok yang terdapat di halaman kediaman anda. Tujuannya adalah supaya air yang telah dibacakan ayat suci ini tidak terbazir dengan begitu sahaja. (dan juga agar air ini tidak tercampur dengan benda kotor dan tidak sepatutnya).
  4. Niat sambil berdoa agar Allah menyembuhkan anda daripada sihir.
  5. Air ini juga boleh diletakkan di dalam penyembur dan semburkan di dalam rumah dan di luar rumah anda. (jika mahu)

INFO :

Ayat Surah al-a'raaf yang diberi  adalah berkenaan kisah Nabi Musa A.S yang mencampakkan tongkatnya menjadi ular dan menelan semua ular ahli sihir Fir'aun. Ayat Surah Yunus dan Surah thoha yang diberi juga berkaitan dengan kisah yang sama.


 Surah Thoha
Surah Yunus


A117
Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
(Al-A'raaf 7:117) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A118
Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.
(Al-A'raaf 7:118) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A119
Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
(Al-A'raaf 7:119) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A120
Surah Al-A'raaf (117-120)

Tuesday, December 1, 2015

Mengapa kita harus berperang melawan kebathilan

Sejak Allah mencipta alam ini, telah ada dua jenis unsur yang sering berperang antara satu sama lain. Iaitu lah unsur baik dan unsur jahat. Walaupun kedua-dua unsur ini datang dari Allah, namun Allah meredhai segala yang hak (unsur baik) dan juga tidak meredhai segala yang bathil (unsur yang jahat), tetapi mengizinkan ia berlaku (atas kehendak-Nya).

Semua ini adalah ujian kepada manusia, khalifah yang tinggal di atas muka Bumi Allah. Kerana itu juga lah semenjak kita dijadikan, ke semua makhluk sujud kepada bapa manusia iaitu Adam A.S, termasuk juga alam ini. Maka dengan itu, alam ini juga bertindak atas apa yang dikerjakan manusia. Manusia diberi hak oleh Allah untuk mentadbir alam ini dan akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang apa yang telah manusia lakukan terhadap alam ini. Betapa tingginya martabat manusia jika dibandingkan dengan segala makhluk yang terdapat di alam ini.

Dalam mentadbir alam ini, manusia tidak dapat lari daripada ujian-ujian seperti hawa nafsu, syaitan dan sebagainya. Ke semua ini juga merupakan sebahagian daripada unsur alam yang diciptakan oleh Allah. Allah ingin melihat sejauh mana manusia mentadbir alam ini mengikut kehendakNya. Sebagai balasan, Allah membeli dari diri orang yang beriman, yang telah mentadbir alam ini mengikut kehendak Allah, akan harta dan jiwa orang beriman tersebut, dan memberikan syurga sebagai balasan.

Di dalam sejarah manusia juga, peperangan sering berlaku antara yang hak dan bathil iaitu antara Islam dan kafir. Seperti mana yang telah disebutkan, Allah meredhai yang hak iaitu Islam dan tidak meredhai yang bathil iaitu kaum kafir. Namun begitu, Allah mengizinkan kaum kafir itu hidup di atas muka Bumi, berperang dengan Islam dan sebagainya kerana ia adalah sunnatullah (ketetapanNya) yang mengandungi hikmah yang hanya Dia sahaja yang tahu.

Pada masa kini , jika diikutkan, penganut agama selain daripada Islam yakni kaum kafir seperti Kristian, lebih ramai jumlah nya daripada umat Islam sendiri. Kajian dalam tahun 2010 menunjukkan bahawa agama Kristian merupakan agama terbesar dunia sebanyak 31% iaitu 2.2 billion berbanding Islam iaitu sebanyak 23% dan bersamaan juga 1.6 billion. Islam merupakan penganut teramai selepas Kristian. Boleh dikatakan juga agama-agama ini seperti  abang, kakak dan adik. Ini kerana agama Islam merupakan antara agama yang terkini selepas yahudi dan nasrani. Persamaan ketiga-tiganya adalah mereka termasuk kita adalah agama samawi (agama langit) iaitu juga yang dipanggil agama wahyu. Pada akhir zaman, si adik akan mendedahkan segala kesalahan dan kepalsuan yang telah dilakukan oleh abang dan kakaknya, yang sekaligus akan memenangkan segala kebenaran si adik. Tidak lama selepas itu, alam ini akan berakhir dan berlaku lah kiamat.