Sunday, November 29, 2015

Permainan Clash of Clans

Permainan Clash of Clans



Kalau anda belum pernah bermain permainan yang terkenal di dalam aplikasi android dan juga iOS ini, di sini saya akan memberikan sedikit review mengenainya.

Permainan ini adalah permainan strategi dalam melakukan serangan dan pertahanan menggunakan karakter-karakter dan juga bahan binaan yang terdapat di dalam permainan. Selain itu, terdapat juga bahan-bahan pemangkin untuk anda meningkatkan kecekapan dan juga tahap kekuatan strategi permainan ini yang dipanggil sebagai 'loots', 'gems', dan 'elixir'. Bagi elexir, terdapat juga sejenis lagi elexir iaitu dark elixir. Kegunaan elixir ini antaranya adalah untuk menjana 'monster' (askar) dan juga untuk menaiktaraf 'gold mine' yang digunakan untuk menjana 'loots' iaitu 'gold'.

Terdapat bahan-bahan atau material penting di dalam permainan ini seperti 'barracks', 'army camp', 'wall', 'town hall', 'laboratory' dan banyak lagi. Dari segi senjata atau pun 'armor', terdapat 'armor' seperti mortar, cannon, wizard tower, archer tower, air defense, hidden tesla dan banyak lagi.

Bagi monster atau askar, ianya terdiri daripada barbarian, archer, giant, goblin, wall breaker, balloon, wizard, healer, dragon dan juga pekka. Ke semua ini dijana atau dihasilkan melalui elixir (sejenis cecair berwarna pink). Bagi dark elixir pula, ia digunakan untuk menjana monster kategori seperti minnions, hog rider, valkyrie, golem dan banyak lagi.

Strategi permainan adalah dengan menggunakan cara defensif ketika diserang musuh dan juga melindungi Town Hall daripada musnah. Ini kerana, town hall adalah nadi kepada sesebuah base. Tidak kira berapa peratus kemusnahan base yang dialami, sekiranya town hall telah dimusnahkan musuh di dalam masa yang diberi, maka pihak lawan akan mendapat kemenangan sebaik sahaja perlawanan berakhir, Kemenangan dikira apabila pihak lawan atau penyerang berjaya mendapat sekurang-kurangnya satu bintang daripada 3 bintang yang diberi di dalam setiap perlawanan. Bintang adalah markah atau petunjuk kepada keputusan yang bakal diperolehi di dalam setiap siri perlawanan iaitu samada menang atau kalah. Sekiranya town hall musnah, pihak lawan secara automatik telah berjaya memperolehi satu bintang walaupun kadar kemusnahan base hanyalah sebanyak 2 peratus.

Bagi menjadikan permainan ini lebih menarik serta mencabar, terdapat juga pertarungan antara clans.(pertarungan puak). Pertarungan ini adalah gabungan clans-clans di dalam mencabar clans yang lain. Loots biasanya lebih banyak diperolehi melalui peperangan antara clans ini berbanding pertarungan biasa.

Friday, November 27, 2015

Menempelak golongan yang suka menghina golongan yang belum berkahwin

Selain perangai buruk manusia yang suka mengintai serta membuka aib manusia lain, terdapat juga perangai buruk manusia yang gemar menghina manusia lain berkenaan status manusia tersebut iaitu samada bujang atau telah berkahwin. Manusia begini sebenarnya mempunyai penyakit dalaman jiwa yang kronik. Kata Nabi, "Sesiapa yang menghina manusia lain kerana dosa yang dilakukan manusia tersebut, maka dia tidak akan mati sehingga dia melakukan dosa yang sama (tersebut)" -H.R Tirmizi (sahih).

Jadi di sini, kalau ada sesiapa yang pernah membuka aib manusia lain dengan alasan hanya kerana perasaan dengki semata-mata, maka beringatlah, kerana hadis ini telah pun menyatakan mengenai kesan yang akan berlaku akibat daripada perbuatan buruk tersebut.

Kadang-kadang ada juga manusia yang menghina manusia lain hanya kerana masih belum berkahwin . Ini juga termasuk di dalam kategori mengaibkan manusia tersebut jika manusia tersebut berasa terhina dengan kenyataan yang sedemikian. Jika manusia tersebut tidak berasa terhina sekalipun,  natijah daripada orang tersebut membuat kenyataan sedemikian hanya akan menimbulkan spekulasi manusia lain terhadap orang yang dikatakan atau dikaitkan.

Perkara biasa yang sering dilakukan daripada orang yang belum berkahwin kepada orang yang telah berkahwin adalah seperti mengatakan sesuatu yang berkaitan dengan zuriat iaitu anak. Contohnya si polan mengatakan kepada kawannya yang belum berkahwin bahawa dia telah pun memiliki sekurang-kurangnya seorang atau beberapa zuriat hasil daripada perkahwinannya sedangkan kawannya yang bujang itu dirasakan seolah-olah ketinggalan dan juga membazirkan masa kerana belum berkahwin. Jika direnungkan secara mendalam, soal jodoh dan ketentuan adalah daripada Allah S.W.T. Ramai juga manusia yang berkahwin itu bukan lah terdiri daripada golongan yang 'baik-baik' serta ramai juga manusia yang belum berkahwin pula adalah dari golongan mereka yang baik di sisi tuhannya. Jadi apakah hak manusia yang telah berkahwin itu untuk membuat kenyataan berkenaan manusia lain yang belum berkahwin? Jika isu zuriat ditimbulkan, ketahuilah bahawa, bagi seseorang lelaki berusia 13 tahun yang telah akil baligh, dia sebenarnya telah pun 'mampu' untuk memiliki zuriatnya sendiri samada secara perbuatan yang  halal seperti bernikah atau pun sebaliknya. Oleh itu janganlah selalu berkata sesuatu yang boleh membuatkan seseorang itu berasa kecil hati dan sebagainya. Fikirlah dahulu sebelum berkata.

Soal jodoh adalah urusan Allah. Daripada mengatakan sesuatu yang tidak mendatangkan pahala, malah hanya akan menambah dosa serta 'menghabiskan' pahala di akhirat kelak, lebih baik si polan tersebut yang gemar bercakap mengenai perkara di 'tepi kain' orang yang belum berkahwin, agar berhenti daripada terus melakukan perkara buruk tersebut dan mendoakan kebaikan kepada kawannya yang belum berkahwin supaya cepat bertemu jodoh .


P.S : Kahwin tu senang, asal baligh je dah boleh. Tapi untuk mendapat zuriat yang soleh, bukan semudah sebuah perkahwinan .



Thursday, November 26, 2015

Sejarah telah membuktikan

Sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah negeri, negara, hatta empayar sekalipun, pernah mengalami zaman kegemilangan dan juga zaman kejatuhan.

Begitu lah juga dengan Islam. Jika kita melihat dari perspektif negara, terdapat negara Islam pada masa kini yang 'tidak tidur lena' dan negara Islam yang 'tidur dengan nyenyak dan selesa'.

Saya tidak bermaksud untuk menghuraikan dengan panjang lebar di sini akan terma kedua-dua perkataan tersebut. Saya menganggap dan berharap tuan-tuan faham maksud saya ini.

Bagi yang tidak faham, mungkin akan faham jua seketika nanti. Negara kita pada masa kini boleh dikatakan negara yang sangat aman dan damai. Malangnya, bila dikaitkan dengan aman dan damai, kita boleh kaitkan juga dengan kurangnya jihad fisabillillah dalam menentang anasir-anasir yang semakin menggugat keamanan.

Ingatkah lagi kepada empayar Islam Abbassiyah yang pusat pentadbirannya di kota Baghdad? Jika tidak silap saya, empayar ini adalah bermazhab Syi'ah. Tetapi walaupun berbeza mazhab, atas  dasar kemanusia, kita juga mesti mempunyai belas ihsan sesama manusia. Maksud saya, ketika kota Baghdad di serang tentera Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan, tentera-tentera ini bukan sahaja membunuh askar-askar Islam, malah menceroboh ke setiap rumah . Wanita dan kanak2 yang berada ketakutan di penjuru rumah di sembelih tanpa belas kasihan. Ada juga yang diperkosa sesuka hati. Kota Baghdad bermandi kan darah. Ini bukan kisah dongeng tetapi suatu fakta sejarah. Malah kejadian ini masih berulang di kota Baghdad iaitu semasa pemerintahan Saddam Hussein yang dihukum mati suatu ketika dulu. Mengapa umat Islam mengalami nasib yang amat menyedihkan dari dulu sehingga kini?

Tahukah anda, sebelum Iraq tumbang, kota Baghdad merupakan tempat sumber ilmu pengetahuan  serta budaya yang banyak melahirkan ramai tokoh2 ilmuwan serta sarjana seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi serta imam-imam terkenal seperti 4 Imam besar yang terkenal di dalam mazhab Islam iaitu imam Abu Hanifah, Ghazali, Syafie dan Hambali (redha Allah ke atas mereka). Tidak ketinggalan juga imam-imam hadis seperti imam Bukhari, Muslim, Tarmidzi, Ahmad dan sebagainya, Bukan itu saja, kota Baghdad juga mempunyai peradaban yang moden serta canggih. Namun setelah Baghdad hancur, tentera bersekutu ini ada di antara mereka telah merampas ke semua sumber-sumber ini untuk di kaji semula serta dikembangkan. Mungkin mereka adalah tentera yang sebahagiannya dari Eropah. Sejak itu, kita mulai melihat Eropah secara beransur-ansur keluar dari 'zaman kegelapan' meraka. (Boleh search Google untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan zaman gelap Eropah. Ada kaitan dengan gereja).

Dapat kita ketahui juga di sini, keadaan di Baghdad ketika itu sangat aman dan damai. Umat Islam merupakan salah satu kuasa dunia ketika itu. Ini lah maksud saya keadaan umat Islam yang sedang 'tidur nyenyak dengan selesa'. Kita berfikir bahawa kita telah cukup kuat padahal musuh sentiasa memikirkan strategi untuk menjatuhkan musuhnya yang ketika itu adalah kita umat Islam. Lihat lah apa yang terjadi sekarang. Umat Islam di negara asal Islam bertapak telah dikuasai secara halus dan juga secara langsung. Negara seperti Palestin, Syria,Afghanistan tidak pernah tidur lena sejak sekian lamanya. Mujur umat Islam seperti di Malaysia serta rantau Asia Tenggara lain masih lagi aman dan damai dan sedang 'tidur dengan nyenyaknya'. Oleh kerana aman dan damai ini lah, tidak mustahil kita pula akan jadi mangsa seterusnya kerana sejarah pernah membuktikannya...

Biarkan ia pergi

Panjang ceritanya....namun aku muatkan di dalam entry ini sekadar yang aku mampu.

Secara lahiriahnya, manusia suka melakukan perkara-perkara yang baik. Namun kerana di dalam alam ini, selain daripada unsur baik, terdapat juga unsur tidak baik yang mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan manusia, maka manusia berubah. Ia adalah segala yang berkaitan dengan nafsu.

Kadangkala kita marah. Kadang kala kita menafikan hak orang lain demi kepentingan diri sendiri serta mungkin juga kepentingan orang-orang yang penting kepada kita. Namun semua yang kita berlaku tidak adil dan menganiayai itu sebenarnya berpunca daripada ketamakan yang didorong oleh hawa nafsu.

Ramai orang beranggapan, perkara-perkara remeh tidak perlu diperbesarkan. Nafsu juga memainkan peranan dalam memarakkan api permusuhan. Lalu perkara remeh akan jadi besar. Bila nafsu ammarah menguasai, manusia akan hilang pertimbangan, lalu berlaku lah perkara yang tidak diingini.

Aku pernah berhadapan dengan manusia yang mengikut hawa nafsunya. Lalu dia telah menghukum aku dengan nafsu kemarahannya. Aku tidak mampu berbuat apa kerana ketika itu aku lemah. Dalam masa yang sama, aku juga memiliki nafsu yang tidak pernah padam. Iaitu nafsu dendam. Aku sedar ia amat bahaya.Tetapi setelah 13 tahun berlalu, aku masih tidak dapat melupakan peristiwa itu. Aku masih berharap agar dapat bersemuka dengan mala'un itu. Aku akan menghukumnya dahulu, baru aku minta penjelasan. Manusia begini telah menyebabkan hidup aku tidak tenang. Aku telah menganggap semua manusia suka menghukum terlebih dahulu tanpa usul periksa.

Jikalau mala'un ni mampus sebelum dia meminta maaf dari aku, maka aku tuntut di akhirat segala amal kebajikan yang dilakukannya. Ketika itu, penyesalan yang tak terhingga akan menghantui mala'un itu buat selamanya,,

Wednesday, November 18, 2015

Beza cemburu dan hasad (dengki)

Cemburu adalah perasaan iri hati terhadap sesuatu dan pada masa yang sama si pencemburu akan berasa terkilan, kecewa atau pun sedih pada tahap-tahap tertentu iaitu samada keterlaluan atau masih boleh dikawal. Namun begitu, perasaan cemburu tidak semestinya diiringi oleh niat untuk menjatuhkan orang yang dicemburui tersebut.

Dengki ataupun hasad adalah perasaan yang lebih kuat serta berbahaya berbanding cemburu itu sendiri. Perasaan dengki adalah hampir kontra kepada cemburu. Sebagai contoh, seseorang yang berasa dengki terhadap orang yang didengki kemungkinan mempunyai niat untuk menjatuhkan, menyakiti atau membahayakan orang yang didengki tersebut.

Apa yang hendak saya sampai di sini adalah mengenai sejenis sihir yang diakui kewujudannya oleh Nabi S.A.W iaitu sihir ain. Sebelum itu, maafkan saya jika ada kesalahan di dalam penyampaian saya ini. Jika ada ustaz, pakar, atau pun ahli di dalam bidang ini, boleh lah perbetulkan fakta ini di ruangan komentar, sekiranya terdapat sebarang khilaf dan sebagainya.

Sihir ain ini  berlaku lebih cenderung kepada perasaan cemburu dan bukannya kerana dengki. Contohnya apabila kita terlihat seseorang yang sempurna samada dari segi fizikal, penampilan atau keberolehan orang tersebut, kemudian dalam masa yang sama timbul rasa cemburu terhadap orang tersebut, maka sihir 'ain (sihir mata) boleh berlaku atau kemungkinan berlaku dengan kepantasan yang melebihi kepantasan sesuatu takdir. Boleh juga dikatakan, sihir 'ain seakan-akan mengubah takdir kerana diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud bahawasanya 1/3 daripada umat baginda meninggal dunia disebabkan oleh sihir 'ain.

Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa pada suatu peringkat, sihir 'ain boleh mempercepatkan maut berbanding ajal kepada orang yang terkena sihir ini kerana maut adalah qadar muallaq (berubah) manakala ajal adalah qadar mubram (tetap), iaitu tidak dapat dilambat atau dipercepatkan apabila ia telah tiba.


Friday, November 13, 2015

Kenyataan yang menyakitkan

Tidak ada manusia yang dijamin akan setia terhadap manusia yang lain secara hakikat. Ini bermaksud, manusia boleh dikhianati dan mengkhianati. Tidak kira apa jua hubungan mereka samada suami-isteri, lelaki-perempuan, majikan-pekerja dan sebagainya.

Manusia kekal bertanggungjawab terhadap satu sama lain atas dasar saling percaya-mempercayai. Apabila kepercayaan ini dikhianati, baru lah kita akan melihat pengabaian, perceraian dan sebagainya.

Sesebuah hubungan itu juga kekal utuh disebabkan manfaat yang dapat dikongsi bersama. Contohnya, sepasang suami isteri dikatakan berkongsi kehidupan, dan kebahagiaan itu menjadi bertambah lagi seri dengan kehadiran cahaya mata di dalam hidup mereka.

Namun begitu, kebahagiaan itu tetap suatu objek yang subjektif. Saya rasa, kebahagiaan suami isteri yang dirasai bersama adalah berlainan di antara satu sama lain. Mungkin si suami merasa lebih bahagia berbanding si isteri dan begitu juga sebaliknya.

Walaubagaimanapun, di dalam situasi ini, si isteri mungkin mengambil langkah 'berdiam diri' bagi menjaga 'kepentingannya', walaupun dia sebenarnya tidak merasa bahagia sebagaimana si suami rasakan. Mungkin mereka telah beroleh beberapa cahaya mata, namun hakikatnya, hanya sebelah pihak yang benar-benar merasa bahagia.

Katakan bahawa, setelah bertahun-tahun bersama di dalam mahligai yang dibina, akhirnya si suami pulang menemui pencipta. Si suami tidak akan pernah tahu bahawa si isteri menyimpan suatu rahsia yang amat besar, iaitu si isteri tidak pernah benar-benar ikhlas menyayangi suami itu. Namun di sini, apa yang utama adalah bagaimana kehidupan si suami tersebut. Adakah sepanjang hidupnya di merasa bahagia atau pun sebaliknya.

P.S : Saya dah berumur 32 tahun dan masih bujang. Saya tak gembira pun jadi bujang sebenarnya , tapi saya redha dengan ketentuan ini. Walaupun yang saya tulis ini hanyalah cetusan idea, saya amat berharap bakal isteri saya nanti benar2 ikhlas menyayangi saya. Tetapi jikalau sebaliknya, saya minta tuhan akan tunjukkan kebenarannya.

Tuesday, November 10, 2015

Terima lah lagu berjudul ' lena ku tak tidor'

Lena ku tak tidor, kalau tidor tolong kejut...

Kasih tertumpah, gulai ke nasik...


Demi...kian lah kisah ini
Yang tak bisa mengerti

Biar ku titipkan
Mane ubat titip aku...
..hingga terdaya ku melafazkan..
Sejuk...terketar-ketar ini
Kepadamu...ku tak kesah....
~Jeng,jeng, jeng, jeng....jeng, jeng, jeng,..(muzik..muzik)~
Ingin ku buktikan...keyakinan dalam diri....
Ku puya yiwa an suci....
Untuk...ku miliki sepenohnya wirawaku

Oh, sakitnya terkena panahmu..
Terbelenggu aku di tawan menunggu
Bergerora intihan asmaramu
Di pelanta, ambil roti sapu...
Namun....kerana tulisan, mu ku mampu, uka mahu,,,
Deni....maluri ang sama, kita masih semalu.....


Saturday, November 7, 2015

PENCARIAN BLOG LIST NOVEMBER 2015

Salam sejahtera...

Dengan lafaz bismillah, saya ingin menganjurkan pencarian blog list seramai 5 orang di blog ini.

Segmen ini bermula hari ini November 7, 2015 sehingga November 30, 2015.

Untuk menyertai, hanya perlu tinggalkan komen.

Terima kasih.

Friday, November 6, 2015

Kata seorang menteri


Apabila saya memandu ke pejabat, saya pernah bangun pukul 5.45 pagi. Saya keluar rumah pukul 6.30 pagi bagi mengelakkan traffic jam. Saya pernah belanja RM  80 untuk minyak dan RM 35 untuk tol selama seminggu. Ini belum termasuk tol parking.

Apabila subsidi petrol ditarik balik, saya diberitahu supaya mengubah gaya hidup dan saya lakukan.

Sekarang, waktu pagi saya bermula pada 4.40. Saya ambil train pertama ke KL Sentral pukul 5.47 pagi. Sampai di KL Sentral sejam kemudian. Kemudian ambil LRT ke Bangsar. Tukar ke T634 Bas RapidKL ke Jalan Dungun dan sampai di pejabat pukul 7.40 pagi awal.

Secara kasarnya, saya mengambil masa hampir 2 jam bagi jarak sejauh 35km. 4 jam ulang-alik. Bagaimanapun, saya bukan lah hendak menekankan mengenai perkara tersebut tetapi sekurang-kurangnya ia masih dapat mengelakkan kesesakan di waktu pagi. Tambahan pula, saya dapat membaca, tidur, bermain iphone. Saya boleh meronda.

P.S : Tapi Encik Menteri, jangan kata kami belum cukup terbeban dengan kenaikan harga tol dan  tambang pengangkutan awam. Cuba dulu rasai apa yang kami rasa ini selama seminggu. Kemudian, anda boleh lah samada membuat kenyataan yang lebih terpelajar atau pun terus jadi seperti diri anda sekarang.

Perkhidmatan Perubatan Di Hosiptal Kerajaan



5/11/2015 BERITA KL - DS Najib memberitahu bahawa kerajaan BN menyediakan perkhidmatan perubatan yang terbaik di dunia

Beliau berkata perkhidmatan itu adalah antara yang termurah berbanding negara-negara lain dan akan diteruskan bagi membantu golongan yang kurang mampu.

Melalui blognya, DS Najib memberitahu bahawa beliau telah berkunjung ke Hospital Shah Alam bagi meninjau salah satu pelaksanaan Bajet negara yang telah dibentangkan kerajaan.

Pengarah hospital di situ memberitahunya pelbagai fasiliti akan disediakan dan beliau yakin ianya akan memberi manfaat kepada orang ramai.

Tiada caj konsultasi kepakaran oleh hospital kerajaan malah kos perubatan adalah lebih rendah berbanding swasta.

DS Najib juga dikatakan akan mempertimbangkan cadangan pegawai-pegawai perubatan berhubung pengkajian dan pengstrukturan semula  gred jawatan bagi doktor-doktor pakar dan sistem kenaikan pangkat.


Hospital Shah Alam telah mampu memberi khidmat kepakaran kepada 623 pesakit luar dan ia merupakan satu angka yang amat memberangsangkan walaupun baru beroperasi 6 bulan.



Wednesday, November 4, 2015

Jika kita orang baik, kita tak perlu ramai geng

Orang baik yang dimaksudkan di sini adalah orang baik yang dekat dengan tuhannya (muqarrabun). Orang baik sebegini akan dilindungi oleh tuhan daripada kecelakaan, bahaya dan musibah yang sedang atau akan menimpanya.

Kita ambil contoh mat rempit. Mat rempit memang penakut jika dia berseorangan. Kelancangan mulutnya juga kadang-kadang hanya berlaku semasa dia sedang bersama geng-gengnya.

Kata Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) :

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun.. Jika Allah menghalang kebahgiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur dengan apa-apa tangan sekalipun.. Jika Allah uruskan urusan kita, dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata.. dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.. Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang rasa tewas, kita akan melihat kemenangan di sisi Allah. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan. Yang mana jalan-jalan manusia tak sangka, tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.

Di sini dapat kita pelajari bahawa tidak semestinya apabila kita berhadapan dengan situasi diancam dan sebagainya, kita akan akan terus rebah dan tewas kepada musuh. Selagi Allah bersama kita, kita pasti akan berjaya walaupun tanpa pertolongan mana-mana makhluk di saat yang genting itu.

Jika kita dianiaya, permintaan kita akan dimakbulkan melalui do'a yang kita pohon. Jika kita meninggal, kita akan dapat pahala yang besar. Itu janji Allah . Oleh itu jangan takut dan bersedih. Sentiasa lah berserah kepada Allah, Dzat yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Insya Allah, kita akan dlindungi oleh-Nya.

Maksud sempurnakan harimu




Cube tengok gambar di atas. Apa yang anda fikirkan? Tempat ini saya pergi berseorangan. Waktu itu hujan baru sahaja berhenti dan tidak ramai orang yang melalui 'promenade' ini. Tidak lama kemudian, baru lah ternampak seorang lelaki (mungkin warga Eropah) sedang berjogging di sepanjang laluan ini,

Saya memang tidak pernah ke sini. Ini lah pertama kali saya datang setelah mendapat maklumat daripada Encik Google. Pada saya tempat ini sememangnya menarik. Di bahagian belakang (gambar ini) terdapat bot-bot jenis cruiser yang boleh disewa jika ingin berlayar di laut sekitar kawasan ini.

Sebenarnya tempat ini merupakan gabungan antara hypermarket dan pantai. Oleh itu tidak hairan lah jika tempat ini lebih banyak dikunjungi oleh pelancong asing berbanding penduduk tempatan.

Bagi saya, kita boleh melakukan apa sahaja aktiviti selagi ia tidak bertentangan dengan peraturan samada negara ataupun agama. Malah di dalam Islam juga, kita amat digalakkan untuk berjalan di atas muka bumi ini bagi melihat kebesaran ciptaan Allah S.W.T.

Terdapat juga riwayat menceritakan bahawa Nabi S.A.W juga pernah pergi bersiar-siar seorang diri ke sebuah telaga dan duduk berhampiran telaga tersebut. Ini menunjukkan bahawa Nabi juga melakukan apa yang manusia biasa seperti kita lakukan.

Perjalanan saya ke tempat ini tidak lama iaitu hanya sekitar sejam atau lebih. Terdapat juga sebuah kawasan di mana terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti permainan kereta kanak-kanak dan segway. Saya menuju ke sebuah staple shop dan membeli sebotol cuka epal untuk dibawa pulang.

Sempurnakan Harimu adalah perkara untuk dilakukan terhadap diri kerana diri kita juga punya haknya yang tersendiri. Selain ibadah seperti bekerja, tidur dan sebagainya, pergi berjalan-jalan juga adalah suatu ibadah yang bukan sahaja dapat memberi ketenangan tetapi juga pahala .

Monday, November 2, 2015

Permainan Video Yang Boleh Buat Korang Lupa Dunia Dan Mengembara Sepuas-puasnya

Permainan video yang aku maksudkan di sini adalah Grand Theft Auto ataupun lebih dikenali sebagai GTA.

Aku setuju bahawa permainan video apa pun kalau kita terlalu asyik, akan membuatkan kita leka dan lupa segala masalah (sekurang-kurangnya untuk seketika). Tapi bagi aku, secara peribadi GTA ni memang games yang lain daripada yang lain.

Aku minat gak games kategori RPG (role-playing games) macam Call Of Duty, Assassins Creed dan sebagainya. Tapi GTA ni lebih 'make sense' disebabkan mission2 yang diberi untuk diselesaikan dan juga kepelbagaian kisah yang terdapat di dalamnya, hampir sama seperti di dalam dunia realiti.

Contohnya kisah mengenai persaudaraan, kasih sayang dan pengorbanan. Memang complete lah. Jika kita ambil Call Of Duty sebagai perbandingan, permainan ini lebih berkisar tentang peperangan dan juga ketenteraan, termasuk juga kisah-kisah yang berkait rapat di dalam permainan ini. Jadi pada aku, COD tidak mempunyai kekuatan untuk membuatkan kita seolah-olah berada di dunia tersendiri seperti yang terdapat di dalam games GTA.

Sebagai tambahan, kapasiti storage untuk permainan GTA biasanya sedikit besar berbanding COD disebabkan  maps (peta) yang terdapat di dalam permainan tersebut. Ke semua maps yang terdapat di dalam GTA adalah berkaitan dengan mission2 yang akan kita laksanakan, hampir sama seperti COD tetapi maps COD boleh di skip, bergantung kepada mission yang terdapat di dalamnya manakala maps GTA adalah sekuens iaitu bersambung secara bersiri. Oleh itu, di dalam permainan ini, kita akan dapat melihat games akan loading walaupun semasa kita sedang di dalam sesebuah mission.

Pada masa hadapan, dengan mengambilkira kapasiti storan (storage) yang kian berkembang berbanding semasa zaman 90an dahulu di mana jumlah terbesar sesebuah storan hanya Megabytes, mungkin suatu masa nanti apabila storan yang lebih besar daripada Terabytes telah dihasilkan, maka maps boleh mencecah sehingga sebesar planet Bumi (tiada yang mustahil). Jika Google Maps boleh digabung bersama permainan video apabila storan yang bersaiz super dihasilkan suatu hari nanti, maka impian ini akan menjadi kenyataan dan permainan video akan lebih realistik dan futuristik dengan mission2 yang lebih banyak serta mencabar!