Tuesday, December 3, 2013

Kemusykilan tentang dajjal

Sana-sini orang memperkatakan tetang dajjal yang telah muncul. Bagi penulis blog yang sesetengahnya adalah student yang 'cari makan' gune blog, cerita-cerita macam ni hanya untuk melariskan iklan seterusnya menjana 'income' untuk diorang . ' Time ' aku study dulu, belum ada lagi orang buat duit guna blog. Student sekarang memang 'advance'.

Berbalik kepada persoalan dajjal. Masalah di sini adalah, apakah dajjal yang segelintir orang selalu sebut tu akan muncul secara zahir ataupun lahiriah? Kalau benarlah dajjal ni boleh nampak sebijik macam tu, aku rasa sekejap je mati . Alasan aku adalah , pasti ada mana-mana negara Islam yang akan bertindak dengan segera memandangkan dajjal ni akan menyesatkan manusia dengan 'kuasa' yang dia ada sebagaimana yang telah disebut dalam al-Qur'an.

Menurut peristiwa menjelang kiamat yang pernah aku baca, pengikut dajjal ni begitu ramai. Dan aku rasa, mungkin salah satunya yang telah pun ada sekarang ni adalah golongan Syi'ah. Walaupun pengikut dajjal telah pun ada, namun bijik mata satu dajjal tu pun belum lagi kelihatan. Jadi di mana kah dajjal sedangkan pengikutnya telah ada?

Menjelang kiamat juga, akan terjadi kisah di mana seorang laki-laki soleh terpaksa mengikat ibu dan adik perempuannya daripada keluar rumah kerana khuatir akan fitnah dajjal. Fitnah di sini berkemungkinan adalah 'kerosakan' seperti masalah sosial yang telah pun berlaku sekarang terhadap golongan wanita seperti isu dedah aurat, zina dan sebagainya. Jadi apakah dajjal itu yang sebenarnya?

Dan juga, telah termaktub bahawa fitnah dajjal ini sangat kuat hinggakan orang yang tipis keimanannya sangat mudah untuk jatuh ke tangan dajjal yang kafir laknatullah itu.

Al-Qur'an menceritakan dajjal ini pada mula kemunculannya tidak ternampak sebarang kelemahannya seperti yang pernah kita dengar. Kelemahannya hanya terserlah apabila dia hampir dikalahkan oleh pejuang Islam tentera Mahdi.


Sunday, December 1, 2013

Salah satu cara pertolongan dari Allah

Korang pernah tak tengah driving tetibe tayar pancit? Kalau korang perempuan, aku rasa peluang korang untuk ditolong oleh sesiapa saja yang tengah lalu kat jalanraya 'time' tu agak tinggi. Tapi kalau korang lelaki? Mungkin ade jugak la kot. Kan?

Aku pernah sekali alami peristiwa cam ni. Tayar tetibe meletop. POMM!! Hehe, ade jugak 'sound effect' nyer..Tapi bunyi angin tak dengar la sebab aku dalam kereta. Tak dapat ditaip di sini bagaimana pula 'sound effect' nyer. So, mase tu yang lebih memilukan lagi, alat untuk aku ganti tayar pun aku tak bawak sekali dalam boot kereta. Ditambah pula tayar spare yang mase tu langsung takde angin. (Nampak sangat kerajinan seseorang yang macam aku :) )

Tengah dok pening pikir cane nak selesaikan masalah, tetiba datanglah seorang hamba Allah ni dengan menaiki motosikal. Dengan bantuan dari dia, aku berjaya menyelesaikan masalah aku ni. Memula dia tumpangkan aku pergi kat medan selera berhampiran supaya aku dapat pinjam alat untuk aku bukak tayar kete. Aku pinjam dengan tokey kedai makan yang aku selalu makan kat kedai dia. Lepas tu dia tumpangkan pulak aku ke Stesyen Petronas untuk aku pam tayar spare aku tu. Nasib baik boleh pakai lagi tayar tu. Sangat baik hati abang tu sebab tolong aku. Aku sangat terhutang budi. Aku pun mase tak berapa berduit tapi aku nak sedekah la RM 5 sebab tolong aku. Dia tak nak. Lepas tolong aku pasang tayar, dia terus pergi seolah-olah perhentiannya dekat dengan kereta aku tu memang semata-mata untuk tolong aku. Syukur pada Allah..

Jadi itu la ceritanya. Tak de la menarik sangat pun macam filem-filem Hollywood di luar sana. Cuma kat sini aku nak bagitau yang abang yang tolong aku tu aku sangat yakin bahawa dia seorang hamba Allah yang telah ditakdirkan untuk menolong aku pada waktu tu. Allah telah menggerakkan hatinya untuk menolong hambaNya yang dalam kesusahan. Allah juga telah merancang segala yang berlaku itu. Kalau tak kerana perisitiwa yang berlaku tu, aku mungkin takkan menulis kisah ni di dalam blog. Wassalam.