Thursday, November 14, 2013

Jauh ku tinggalkan melatiku yang tersayang. Kiniku sendiri kesepian di rantauan . Mungkin
 Engkau jua merasakan rindu begini, rindu yang menyiksa jiwa ini. Walau ku jauh janji tidak ku lupa pada semuanya ku kembali jua.

Wednesday, November 6, 2013

update entry guna handphone

Wow, cool la update entry sambil baring camni. Syiok ooo.hehe. tapi sume huruf kecik, malas nak shift2, hehe. Tapi koma penting. Actually nak buat entry pasal pelawak terkenal. Belum ada mood lagi nak menulis entry tu. Oh ya,dah dapat idea perkara yang nak diceloteh.firstly nak cakap filem yang aku tengok kat panggung baru2 ni. Filem hong kong tajuk baby blues. Memang syok jugak la. Genre seram. Kisah sepasang suami isteri yang pindah ke rumah baru yang sebelumnya ada orang mati setelah main permainan polis dan penjahat. Pada mulanya sekadar main suka-suka. Polis akan bunuh penjahat dan sebaliknya. Namun tanpa diduga,salah seorang pemain betul betul mati setelah patung yang diletakkan di tengah meja menunjukkan ke arah mangsa. Pasangan suami isteri ni baru mendapat cahaya mata kembar. Namun salah seorang telah mati akibat patung tersebut yang berhantu. Korang tengok la sendiri kalau nak tau ending.actually aku sendiri pun keluar awal sebab kupon parking 2 jam aku dah cukup masa. Kang tak pasal kena dengan perbandaran.


Friday, November 1, 2013

Status yang baik-baik hanya untuk orang yang baik? Betul ke?

Lumrahnya, fitrahnya , semua manusia cenderung ke arah kebaikan. Tetapi disebabkan manusia dipengaruhi oleh pelbagai unsur baik dan jahat semenjak manusia itu dilahirkan, maka manusia pun berubah dari fitrah asalnya itu.

Aku pernah lihat status facebook baru-baru ni. Aku 'stalk' facebook orang yang dianggap paling kejam ketika ini kerana melakukan rompakan dan pembunuhan yang tak berperikemanusiaan. Aku rasa korang pun tau siapa manusia ni. Dalam banyak-banyak status yang di update manusia ni, ada juga status yang baik-baik. Bercakap pasal agama dan sebagainya. Tapi akhirnya? Melakukan jenayah yang lebih kejam dari haiwan yang tak punya perasaan. Haiwan walau tak de perasaan pun , ia masih ada sifat kasih sayang. Sebab tu la aku anggap manusia macam ni lebih rendah kedudukannya dari haiwan walaupun pada hakikatnya tuhan mencipta kita lebih tinggi kedudukan dari haiwan. Dia sendiri yang menyebabkan dirinya begitu. Apa nak dikata lagi.

Lagi satu, tentang kalimah 'subhanallah'. Minta maaf cakap la. Sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni bukan nak cuba bagi ceramah dan jadi ustaz kat sini. Cuma ingin meluahkan perasaan aku sebagai orang Islam. Aku tengok sekarang ni ramai yang suke gune kalimah 'subhanallah' apabila dia nampak sesuatu yang indah atau menakjubkan. Actually ada sorang mala'un yang pernah buat jahat kat aku , kat wall facebook dia pun terlalu kerap guna kalimah ni. Aku khuatir sebab kebaikan tu hanya nak menunjuk-nunjuk. Pesan aku , janganlah kita jadi macam mala'un ni. Dia memang aku kenal, memang jahat . Aku tak berhasrat nak hurai kejahatan mala'un tu kat sini. Tapi apa yang boleh aku simpulkan, penggunaan kalimah 'subhanallah' telah tidak lagi diguna mengikut kesesuaiannya. Sebab tu mala'un yang aku kenal ni pun suke sangat guna kalimah ni sebab terikut-ikut orang lain. Mala'un ni biasanya nak tutup kejahatan dia saja, sebab tu update status macam tu. Sebenarnya kalimah yang paling sesuai digunakan untuk menyatakan rasa takjub atau indah terhadap kebesaran Allah adalah 'masya-Allah'. Tak silap aku, zaman dulu memang pakai masya-Allah. Entah bila sebenarya ia secara tiba-tiba telah 'switch' kepada subhanallah. Subhanallah juga sebenarnya betul, asalkan niat kita menyebut kalimah tersebut pada masa dan ketika itu betul. Tujuan asal subhanallah ni bermaksud yang kita terkejut atau pun kita cuba 'menyedarkan' diri kita dari kelalaian. Kita kan manusia yang selalu lalai. Jadi apabila kita terlihat sesuatu yang indah hingga melalaikan kita, di situ lah baru kita sebut 'subhanallah' supaya kita sentiasa ingat kepadaNya dan tidak terus hanyut dengan keindahan duniawi yang sementara itu. Wassalamualaikum.



Kenapa rempit itu biadab

Kebanyakan mat rempit pada aku diorang merempit salah satunya sebab hiburan. Diorang suka bila 'adrenaline rush' , iaitu hormon yang terhasil masa kita cemas tu terpancar hingga ke otak. Bila dah seronok, diorang ni dah tak ingat lagi kalau malang tak berbau, nyawa melayang dan sebagainya. Dan yang paling penting aku nak cakap ni, diorang tak fikir akan maki hamun pemandu atau sesiapa saja kat diorang. Diorang tak sedar yang sesetengah maki hamun tu akan menjadi suatu doa. 

Maaf la kalau ada pihak yang terasa. Aku bercakap, menulis untuk kebaikan. Siapa yang terlibat dan baca apa yang aku tulis ni, kemudian insaf, bukan kah itu sangat baik bagi korang? At least ada juga orang yang ambil kisah pasal korang. So ni aku nak sambung lagi. Pada aku jugak la, korang yang suke merempit ni tak semua yang pegang janji. Mula-mula korang berjanji seolah-olah sehidup semati. Tinggi betul semangat setia kawan korang. Tapi kenapa aku pernah baca berita tentang satu kemalangan sebab merempit dan mat rempit belasan tahun tu mati dan korang tinggalkan dia sebab takutkan polis yang sedang 'rush' korang? Bagaimana sebenarnya prinsip sebenar setiakawan korang? Aku pelik jugak kat situ. Maaf lagi sekali ye kalau ada yang terasa. Serius aku lebih kepada menegur daripada menghina. Sebab aku pun pernah remaja . Aku faham perasaan korang. Aku ni dah pertengahan umur sebenarnya. 

Pada aku tak salah kalau korang nak berhibur. Tapi carilah hiburan selain aktiviti yang tak berfaedah tu sebab macam aku cakap tadi, hiburan cam tu akan mengundang maki hamun je. Takkan korang suke orang doakan yang buruk-buruk . Mesti korang tak suke. Kan? 

Akhir kata, aku harap rempit-rempit ni korang tak buat lah lagi. Korang pun akan ada anak. Memang tak semua rempit tu jahat. Tapi sebab kebanyakannya mengganggu ketenteraman dan mengancam keselamatan awam, jadi sesuai lah ia dianggap sebagai perbuatan biadab oleh golongan yang mempunyai tahap mentaliti yang rendah. Korang pun tak suke kan aku cakap macam ni. Tapi tu la hakikatnya. Orang yang mentaliti tinggi adalah orang yang tahu fikir bahaya , sayang nyawa dan juga keselamatan orang lain. 

Akhir kata, hentikanlah perbuatan yang sia-sia ni. Takde faedah pun sebenarnya. Selamat berubah!