Sunday, September 22, 2013

Ini ada suatu cerita

Lame sangat dah tak update entry di blog ni. Entah ape la yang nak dicelotehkan hari ini ye?

Actually ingat nak celoteh pasal kisah hari ni dan mungkin juga tentang perkara-perkara menarik yang berlaku (dekat aku la kot, hihi). So ini kisahnya.

Hari ini bangun pagi gosok gigi makan megi basuh biji (baju) . OK lah, dah jauh sangat dah melalut ke laut. Hari ni mase banyak terluang untuk membaiki PC (Personal Computer). Korang tau kan :) . So alhamdulillah, so far PC aku dah OK. Tapi aku rase sedikit kejemuan sebab tak keluar rumah.

OK, sekarang masuk ke bab perangai aku pulak. Biasalah, setiap celoteh pasti aku selit sikit tentang perangai aku ni. Baru-baru ni berlaku sedikit salah faham antara aku dan anak murid aku. Aku dengan anak murid perempuan memang aku jarang marah. Diorang nak buat bising pun aku tak marah. Tapi ada satu insiden yang menyebabkan aku betul-betul hilang sabar. Aku mengamuk terus. Terus senyap budak-budak tu tatkala rotan aku hinggap di atas meja diorang. Tu la . Cabar aku lagi. Dah tau aku ni jenis camane, nape nak uji jugak kesabaran aku.

Actually kisah bermula apabila remote control air cond secara tiba-tiba jatuh dari meja. Setelah jatuh dari meja, ia terus masuk ke dalam tong sampah. Tong sampah itu di bawah meja. Alangkah malangnya kau wahai remote air-cond. Kebetulan mase tu sorang anak murid aku (lelaki) tengah asah pensel, juga kat bawah meja, dekat kaki aku. Dia pun tolong lah aku cari. Mase tu salah sorang budak perempuan tu nampak remote tu jatuh ke dalam tong sampah. So , diorang ramai-ramai dah ready nak bunyi cam ni kalau aku ambil remote tu. 'Eiiiyeeeee'' . Ramai-ramai dan serentak. Aku buat-buat bodo sebab tong sampah tu bukan kotor sangat. Plastik nya selalu ditukar . Yang ada dalam tong tu cuma plastik-plastik roti yang diorang makan. Dan tong sampah tu tong sampah dalam kelas, bukan tepi jalan.

So, aku diam je bile diorang buat-buat jijik cam tu. (Jijik lah sangat! ). Kemudian aku berjalan ke belakang kelas. Aku nak tengok kerje diorang. Aku pegang buku salah sorang budak perempuan tu sebab aku nak tengok kerja yang aku bagi dah siap atau belum. Tiba-tiba dia menjerit. Kawan dia segera datang dan menarik buku tersebut dari tangan aku. Mase tu lah aku hilang sabar.........