Friday, May 17, 2013

Kasih ku seru PT 2

Kenapa kau hancurkan hati ku? Tahukah kau betapa hidupku hilang arah selepas pemergianmu? Pernahkah kau fikir tentang itu? Hinggakan aku berdendam dengan kaum sejenismu. Tahukah kau betapa buruknya akibat itu? Tahukah kau bahawa sekarang aku lah manusia yang paling tidak bertimbang rasa? Aku hampir tidak dapat menyayangi orang yang dekat denganku.

Kini aku terpaksa bergelut untuk hidup. Senafas pun aku terpaksa cuba. Tahukah kau betapa susahnya keadaan ini? Kau tak sepatutnya mempersendakan perasaan ku yang tulus suci terhadap mu. Aku mencintaimu lebih dari segalanya. Kau kejam. Aku lah lelaki yang kau sakiti. Dan kau juga harus tahu, akulah singa yang terluka. Kau sengaja bermain dengan api...

Friday, May 3, 2013

Perangai orang perempuan yang paling teruk

Pada aku, perangai paling teruk orang perempuan adalah 'suka menunjuk'. Diorang suke sangat 'menunjuk' apa yang diorang ada walaupun perkara tersebut akhirnya akan merosakkan harga diri mereka sendiri, lepas tu nangis. Nangis buat apa kalau sendiri yang cari masalah.

Tau ke diorang tunjuk kat sape? Diorang tunjuk kat public la. Ish ish...

Ada tu pulak yang rela bagi bf amik gambar diorang mase tengah 'buat' tapi tak kisah kalau muka bf dia sendiri tak masuk sekali. Adoi. Cerdik tol la orang perempuan ni. Pastu kalau dah famous nanti, adakah si bf tu akan tanggung malu jugak? Korang tak reti fikir ke?