Monday, April 1, 2013

Bagaimana yang dikatakan lelaki sejati

Lelaki sejati adalah lelaki yang tidak berkasar dengan pasangan yang berlawanan jenis dengannya iaitu kaum hawa. Lelaki sejati juga merupakan lelaki yang penyayang sesama insan. Mungkin ada kebenarannya akan kenyataan ini.

Namun begitu, aku punya pandanganku sendiri mengenai lelaki sejati. Padaku, lelaki sejati adalah lelaki yang tahan dipukul. Dia juga mampu memukul dan mempertahankan dirinya dari musuh. Aku mungkin belum sampai ke tahap itu. Aku cuba untuk jadi begitu, supaya maruah dapat ku pertahankan. Agar tiada orang dapat menindas sewenag-wenangnya seperti yang berlaku sekarang.

Lelaki sejati juga jarang membuat keputusan yang salah. Dia tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Harga dirinya tinggi. Dia bersifat melindungi akan orang yang dia sayang. Dia marah jika orang khianat kepadanya. Tapi dia tidak berdendam.....
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: