Monday, April 22, 2013

I know who you are

Hari ini, segala rahsia telah tersingkap. Malang bagimu kerana rahsiamu sudah ku ketahui. Kau sakit sebenarnya. Mungkin kau tak sedar. Kau lakukan itu semua kerana sakit yang kau alami.

Terima kasih tuhan kerana telah memberikan aku petunjuk. Mujur aku tidak bersamanya. Mungkin juga kau dan aku mengalami penyakit yang sama.

Tidak ada apa lagi yang hendak ku katakan. Segalanya telah jelas. Pergilah kau dengan aman. Tiada siapa yang akan menganggumu lagi. Selamat tinggal..

Sunday, April 21, 2013

Kerisauan aku

Seriously aku memang risau. Sejak aku berenti cari makan dulu, datang pulak rezeki tak di duga. Rezeki kali ni adalah kerja. Aku sangat berharap dengan kerja tu sebab sesuai sangat dengan kelayakan aku. Tapi yang aku heran, kenapa tuhan tak takdirkan aku kerja tu? Aku bukannya muda lagi. Dah la dulu pun aku asyik kandas je. Masa asyik terbuang. Kecewa sangat....

Sejak tu aku memang rasa macam nak give up. Tup tup, dapat lagi kerja yang sesuai. Eksekutif. Bunyi memang hebat. Aku pun pegi interview. Tercungap-cungap nak sampai ke sana. Tinggi punya tempat. Sakit jiwa. Lebih sakit bila aku keluar dari bilik interview. Panel tu dah tunjuk yang dia tak dapat terima aku. ...

Pastu aku semakin lemah, terus lemah. Sampai sekarang..

Aku mula 'bercakap' dengan tuhan. Kenapa Dia tak mau bagi aku semua rezeki-rezeki yang ada tu? Kalau tak nak bagi, kenapa suruh aku buat macam-macam seolah-olah macam nak bagi tapi sebenarnya tak. Rasa macam takdir mempermainkan aku. Kemudian aku macam 'terdengar' tuhan berbicara. ' Kalaulah semua kerja yang kau mintak langsung tak dapat untuk kau menapak kaki selangkah, nanti kau ingat semua yang kau lakukan sia-sia. At least Aku bagi juga sedikit atas hasil usaha kau"

"Teman" yang datang dalam mimpiku semalam

Semalam teman aku datang lagi dalam mimpi. Teman aku ni perempuan. Aku anggap dia teman sebab kami hanya kawan, tak lebih dari tu.

Sebenarnya sebelum ni aku suka kat dia. Tah kenapa tiba-tiba aku dah hilang 'rasa' . Aku pun pelik. Tapi aku rasa itu sesuatu yang baik buatku.

Aku masih teringat kisah lalu, sebab tu aku payah nak buat komitmen lagi. Buat apa asyik kita je yang buat komitmen, orang lain tak. Betul tak?

OK lah, takat ni dulu bebelan aku. Bersambung lagi . BYE!

Friday, April 19, 2013

Thinking of getting dean's award for this semester but yet still not pretty sure bout it.

Wednesday, April 17, 2013

Kisah 17 tahun dahulu

Waktu tu aku baru form 1. UPSR time tu maksimum 4A je. Aku just dapat 2A2B. Mujur ada pengganti iaitu adik bongsu aku. Dia lah harapan. Harapan untuk memadam rekod buruk aku. Dan juga harapan bagi menggembirakan hati abah ku, kerna aku rasa telah melukakan hatinya pada waktu itu dengan keputusan UPSR yang tak seberapa. Sekiranya dia masih ada, dia pasti gembira dengan adik bongsu aku tu. (abah dah meninggal 3 tahun yang lalu). Sememangnya adik aku telah menggembirakan kami sekeluarga dengan keputusan cemerlangnya 5A. Aku sangat bangga dengannya. Dia juga dapat masuk sekolah berasrama penuh. Walaupun hasrat aku tak tercapai, cukuplah dia sebagai orang yang telah melengkapkan

Tuesday, April 16, 2013

Pathetic

Is what I feel at the moment. I don't know where to go or who to tell about my problem. Just today the weather so hot that I can't even sleep. My heart also not feeling so well. Always the same. Pathetic..

How can I move on? I'm so tired. No love. Just an empty space. It just that I'm feeling so down all the time. Oh God, please listen to my pray. I'm slowly dying of broken heart. I need your help.

No matter how hard I try, things just don't work like it supposed to happen. All messed up.

Where are you? Come to me. Need you desperately. Am I being cursed by someone? How could they do this to me? How could they.........

Kau menganggu fikiranku lagi

Hari ni kau berubah lagi. Mengapa? Mereka juga ingin memiliki mu. Dan kau sedar akan kebenaran itu.

Dulu aku pernah merasai perasaan yang hampir sama, seperti yang aku rasakan padamu sekarang. Namun betina itu mungkin hanya ingin menguji perasaan ku. Sekarang kau pula. Adakah kau juga akan mengulangi apa yang betina itu pernah lakukan padaku?

Terus-terang lah padaku. Agar aku tahu. Aku boleh dikecewakanmu, tetapi ia mengambil masa untuk pulih. Dan setiap kali hatiku disakiti, aku akan semakin keras hati. Aku menjadi manusia yang penting kan diri.

Aku tahu itu bukan masalahmu. Tetapi tidakkah boleh kau berterus terang saja padaku? Itu lebih mudah. Jika ditakdirkan ianya pahit, sedaya upaya akan ku telan jua. Kerana aku sudah terbiasa,....


Cuma pintaku, jangan lah kau sakiti hati ku. Dia sahabat ku. Takkan kau sanggup lakukan itu . Tidak kan?

Sunday, April 14, 2013

Just give me a reason (translation)

Sejak mula lagi kau adalah pencuri yang telah mencuri hatiku
Dan aku rela menjadi mangsamu
Aku membiarkan kau melihat bahagian diriku yang kekurangan
Dan dengan setiap sentuhan kau menutupi kekurangan itu

Sekarang kau mulai berkata di dalam tidurmu
Perkataan yang tidak pernah pun kau ungkapkan padaku oh
Katakan yang kau sudah tidak perlukan lagi cinta, cinta kita..

Berikan daku alasan walaupun sedikit
Walau seketika kerana kita belum berakhir, hanya terganggu
Dan kita boleh bercinta semula

Ianya di bintang
Ianya ditulis oleh luka di hati kita
Bahawa kita belum berakhir hanya terganggu
Dan kita boleh bercinta semula

L : Maafkan aku, aku tidak mengerti. Dari mana semua perkara ini datang?
Ku kira hubungan kita sangat baik sebelum ini. (P : Ya, kita punya segalanya)
Fikiranmu diganggu lagi. Sayangku, kita masih punya segalanya. Ia hanya di fikiranmu sayang..
(P : Ya, tapi ini terjadi...)

L: Kau mengalami mimpi buruk yang sebenar. Kau pernah berdusta terlalu dekat denganku oh. Ia sekadar sebuah kertas yang kosong
antara cinta kita, cinta kita, cinta kita....

Berikan daku alasan walaupun sedikit
Walau seketika kerana kita belum berakhir, hanya terganggu
Dan kita boleh bercinta semula

Oh, kesedihan ini akanku ubati. Cinta kita sangat membahagiakan

Sunday, April 7, 2013

Kasihku seru...

Aku angankan kau menjadi permaisuriku. Malah mereka juga penah mengesyaki hubungan kita. Tetapi mengapa kau tiba-tiba berubah? Tak pernah pun kau beritahu ku. Atau kau sememangnya begitu semenjak kali pertama kita berjumpa, tidak pernah suka kepada aku.

Rupanya naluri ku benar, kau sememangnya hanya ingin menduga ku. Kenapa semua perempuan yang pernah ku kenal begitu? Atau mungkinkah aku tersilap? Mungkinkah mereka telah memfitnah dan memburuk-burukkan diriku di hadapanmu? Lalu kau menjadi tawar hati dan terus berpatah arang dari ku?

Segalanya tidak bermakna lagi. Kau telah menjadi sebahagian dari diriku. Bayanganmu dan masa silam ini sukar untuk ku hapuskan. Berbanggalah kau....berbanggalah. Sampai bila-bila! Kau ku seru, HAHAHA!!!

Tuesday, April 2, 2013

Monday, April 1, 2013

Internet tiba2 laju semacam

Dah lama aku tunggu saat ni. Sebelum ni tak pernah laju. Kadang-kadang tu dia slow sampai stop terus. Memang celako gilo. Tau2 aku dapat detect ada orang curi line internet ni. Patut la slow. Tu pun samo celako.

Ni nak cerita pasal dulu-dulu punya cerita. Ada dua budak hitam ni. Diorang kutuk sorang hamba Allah ni sebab menangis bila cita-cita dia tercapai. Budak-budak hitam ni perli " Dah dapat sudah la, buat apa nak nangis lagi". Tapi dua budak hitam ni sebenarnya tak faham konsep ujian tuhan terhadap hambaNya. Sebab tu diorang kutuk. Cer diorang yang berada dalam situasi hamba Allah tersebut, gerenti nangis jugak. Silap-silap diorang nangis sampai meraung-raung. Ye la, setiap manusia mane same ujian terhadap mereka. betul tak? bangang kan dua budak hitam tu?

Ni nak cerita pasal sorang budak hitam pulak. Kali ni memang betul-betul hitam, bukan gurauan lagi. Budak hitam ni memang bangsat. Dia suka buat cerita bukan-bukan sebab tak pernah kena batang hidung hitamnya sendiri. Mungkin satu hari nanti akan kena juga kat tahi lalat hitam di batang hidung hitamnya itu lambat-laun. Baru dia tau kepala hitam dia tak jejak langit sebab langit tu tinggi, bukan rendah.

Orait, tu saja luahan perasaan ku pada malam ni. Semoga ada yang terasa dan insaf dengan apa yang telah aku laser kan. Haha!

'LU LANGSI, LU MAMPUSI. TARAK TAKUT PUNYA!'

Bagaimana yang dikatakan lelaki sejati

Lelaki sejati adalah lelaki yang tidak berkasar dengan pasangan yang berlawanan jenis dengannya iaitu kaum hawa. Lelaki sejati juga merupakan lelaki yang penyayang sesama insan. Mungkin ada kebenarannya akan kenyataan ini.

Namun begitu, aku punya pandanganku sendiri mengenai lelaki sejati. Padaku, lelaki sejati adalah lelaki yang tahan dipukul. Dia juga mampu memukul dan mempertahankan dirinya dari musuh. Aku mungkin belum sampai ke tahap itu. Aku cuba untuk jadi begitu, supaya maruah dapat ku pertahankan. Agar tiada orang dapat menindas sewenag-wenangnya seperti yang berlaku sekarang.

Lelaki sejati juga jarang membuat keputusan yang salah. Dia tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Harga dirinya tinggi. Dia bersifat melindungi akan orang yang dia sayang. Dia marah jika orang khianat kepadanya. Tapi dia tidak berdendam.....

Nafsu ammarah ini akan reda jua

Seganas mana pun api yang marak itu, ia akhirnya dapat dijinakkan. Begitu juga dengan ammarah ku. Aku tak akan selamanya marah dengan apa yang telah orang lakukan terhadapku, kerana aku akhirnya akan binasa kerana kemarahanku sendiri.

Mungkin aku benar-benar binasa, atau mungkin juga akan datang kepadaku pertolongan yang dapat menjinakkan api kemarahanku ini. Tak siapa tahu bila saatnya...