Thursday, February 28, 2013

Fakta menarik berkenaan hari jumaat

Hari Jumaat padaku mempunyai keistimewaan yang sangat besar. Salah satu tanda kebesaran Allah yang aku perhatikan pada hari Jumaat adalah jarang sekali turunnya hujan waktu tengahari. Walaupun dalam seminggu tu boleh kata hari-hari hujan, bila tiba saja hari Jumaat, hujan seakan mendengar arahan penciptaNya supaya tidak menyukarkan urusan umat Islam yang hendak beribadat menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut.

Keistimewaan yang kedua yang aku perhatikan pada hari Jumaat adalah berlaku di kawasan tempat tinggal aku. Untuk ke masjid, penduduk berdekatan tempat tinggal aku terpaksa menyusur di bahagian tepi lebuh raya. Mujur kami dapat menyusur berlawanan dengan arus trafik, jadi bolehlah kami melihat arah kenderaan-kenderaan yang datang melalui di lebuh raya tersebut. Walaubagaimanapun ketika pulang, banyak kenderaan berpusu-pusu keluar dan ketika ini ke semua aliran trafik adalah sehala. Keistimewaan atau rahmat Allah kepada hambaNya yang aku hendak ceritakan di sini adalah, tidak pernah pula kedengaran berlaku sebarang kemalangan seperti orang dilanggar atau melanggar ketika pulang dari sembahyang Jumaat walaupun keadaan jalan yang sempit dengan kereta yang parking di bahu-bahu jalan. Begitulah istimewanya hari Jumaat yang dapat aku perhatikan sepanjang aku harunginya setiap minggu di tempat tinggal aku ni.


Tuesday, February 26, 2013

Benarkah lelaki kacak ego atau sombong?



AKU adalah seorang lelaki yang biasa-biasa dan bukanlah kategori yang hot seperti di luar sana. Walaupun tak sehot mana, namun aku rasa tak semua lelaki kacak ataupun hot itu ego ataupun sombong.

 Bagi aku la kan,  lelaki kacak ataupun macho ni merasakan dirinya mempunyai harga diri yang tinggi. Ini adalah perkara biasa dan boleh dikatakan lumrah, tak kira lelaki atau pun wanita. Keegoan dan kesombongan itu sebenarnya penting, asalkan kita tahu meletakkan ia pada tempatnya. Korang dapat bayangkan tak kalau sorang lelaki tu macho gile tapi perangai tak senonoh? Kalau korang perempuan  mungkin korang akan reject dia daripada dijadikan pakwe ataupun teman hidup, betul tak? 

Aku pun kadang-kadang pun menjaga penampilan aku ni. Bukan kadang-kadang la, selalu jugak sebenarnya. Walaupun tak pernah ada admire ( satu, dua tu ade la kot dulu2. Hihi, nak jugak!), namun sifat pemalu aku kadang-kadang tu amat tinggi.(malu tapi mahu, haha!). Especially kalau ade pempuan secantik Linda Onn ke yang ngorat aku.(mati hidup balik pun tak mungkin terjadi). Walaupun bukan dari kalangan lelaki hot dan menjadi kegilaan anak-anak gadis, namun aku masih merasakan diri aku hot. Bila aku berperasaan begitu, barulah timbul sedikit keyakinan dalam diri aku ni untuk menjalani hidup sebagai seorang lelaki.

Keegoan dan kesombongan pada aku perlu ada dalam diri setiap seorang lelaki. Tetapi pada aku tahap keegoan dan kesombongan itu tidak boleh pada tahap yang melampau. Sifat-sifat ini hanyalah sebagai sesuatu yang dapat menjadikan seorang lelaki tu bersifat pemimpin dan nampak lebih lelaki. Inilah yang diperlukan oleh setiap wanita sebenarnya. Masalah yang selalu timbul adalah apabila lelaki menyalahgunakan sifat ego pada tempat yang tak sepatutnya. Dalam hal ini, sifat ego dan sombong hanya akan membawa kemudaratan, bukan lagi kelebihan kepada seorang lelaki.

Monday, February 25, 2013

Fakta mengelirukan berkenaan kepupusan dinosour

Benarkah dinosour pupus disebabkan hentaman asteroid? Sejauh mana pula kekuatan asteroid yang menghentam Bumi ketika itu? Terlalu kuat? Sederhana kuat? Atau tidak kuat langsung? Jadi apakah sebenarnya yang menyebabkan dinosour-dinosour ini pupus?

Seperti yang kita sedia maklum, asteroid bersaiz lebih besar dari meteor. Asteroid juga kadang kala dikenali sebagai sebuah planet yang kecil. Walaubagaimanapun, agak tidak masuk akal apabila asteroid yang sebegitu besar boleh menyebabkan kepupusan semua hidupan di Bumi kira-kira 65 juta tahun dahulu yang pada waktu itu dikatakan wujudnya dinosour. Bagaimana semua sekali dinosour boleh pupus?

Benarkah ikan paus, gajah, buaya dan beberapa lagi haiwan gergasi yang lain berasal dari keturunan atau spesis dinosour? Jika benar, kenapa hanya haiwan-haiwan gergasi? Bagaimana pula haiwan-haiwan lain yang kecil saiznya?

Pada asasnya, hentaman kuat asteroid hanya akan menyebabkan kerosakan yang teruk di bahagian Bumi yang terkena hentaman tersebut. Asteroid yang dimaksudkan ini mempunyai diameter kira-kira 10km panjang. Walaupun berlaku kabus hitam di langit kesan daripada hentaman asteroid sehingga menghalang pancaran sinar cahaya matahari , ianya hanya akan mempengaruhi hidupan di kawasan tersebut sahaja. Tidak mungkin semua kawasan akan mengalami nasib yang serupa. Jika asteroid yang menghentam Bumi bersaiz luar biasa besar pula, sudah pasti Bumi ini akan langsung musnah.


Artikel bertajuk 'tanda-tanda seorang perempuan menyukai anda' atau seumpama hanya layak untuk dibakul sampahkan

Bagi aku artikel mengenai kajian sifat (psikologi) atau kajian perangai kaum Hawa ni adalah artikel biasa yang low-class. Pada aku kaum Hawa biasanya lebih jujur kalau sesuatu itu melibatkan soal hati dan perasaan. Memang benar mereka adalah kaum yang pemalu . Akan tetapi setebal mana pun perasaan malu mereka, pasti kita dapat memahami sedikit sebanyak tingkahlaku dan bahasa tubuh mereka.

Tidak sukar sebenarnya untuk menilai keikhlasan hati seorang wanita yang menyukai seorang lelaki. Lelaki hanya perlu menggunakan mata hati bagi menentukan samada seseorang wanita itu menyukai anda (lelaki)  atau tidak. Jika seseorang lelaki itu masih tidak dapat memahami apa yang tersirat di dalam hati seorang wanita (setelah pelbagai usaha dilakukan wanita tersebut untuk mendekati / memikat lelaki yang diinginkannya), kemungkinan besar lelaki ini tidak 100% mempunyai perasaan yang sama seperti yang wanita tersebut rasai.

Bagi wanita yang 'kurang' perasaan malunya, adalah lebih mudah untuk mengenalpasti samada wanita tersebut benar-benar menyukai seseorang lelaki itu atau sebaliknya.

Terdapat juga situasi di mana seorang wanita bermain dengan hati dan perasaan seorang lelaki kerana wanita ini mempunyai niat atau maksud yang tertentu. Sebagai manusia biasa serta dikurniakan hati dan perasaan, sudah tentu lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa permainan golongan 'perempuan, isteri dan...' ini.

Tidak mengapa jika seorang lelaki tersalah langkah untuk kali pertama, tetapi adalah tidak wajar untuk tersalah langkah yang ke sekian kalinya. Inilah yang dinamakan sebagai pengalaman cinta pertama yang amat penting kepada setiap insan yang bercinta kerana tidak semua insan yang bernasib baik semasa jatuh cinta pada kali pertama (kebiasaannya begitu).



Tuesday, February 19, 2013

Jangan khuatir terhadap sesuatu yang belum terjadi

Takdir adalah rahsia. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada kita. Oleh sebab itulah kita harus berusaha. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang bakal berlaku kepada kita.

Bayangkan jika kita mampu melihat masa hadapan. Bagi yang melihat masa depannya sesuatu yang baik bagi dirinya, sudah tentulah dia tidak perlu bertungkus-lumus berusaha lagi kerana dia pasti akan mendapat yang baik. Persoalannya bagaimana pula yang melihat masa depannya yang tidak baik?  Sudah pasti orang ini akan patah semangat dan sebagainya.

Mimpi merupakan suatu petunjuk . Ada yang hanya mainan tidur dan ada juga yang benar. Mimpi yang benar diberikan oleh Allah kepada orang-orang tertentu sebagai tanda rahmat dari Allah. Dengan mimpi juga seseorang itu berpeluang mengubah nasibnya yang mungkin buruk pada masa hadapan kepada sesuatu yang baik.

Kita tidak boleh mempercayai ramalan  mimpi 100%. Perkataan ramalan itu sendiri sudah menunjukkan bahawa ianya sesuatu yang tidak pasti. Kita hanya boleh menjadikan ramalan mimpi sebagai pedoman untuk kita melakukan sesuatu.

Sejauh mana hebatnya gerak hati yang kita miliki, jika Allah mengatakan tidak, maka sudah pasti apa yang kita rasai itu tidak akan terjadi. Wallahu'alam.

http://goo.gl/3WkmC

Monday, February 4, 2013

Benarkah setiap bangsa di dunia ini mempunyai daya intelek yang berbeza-beza

Setiap bangsa di dalam dunia ini adalah sama dari segi keupayaan. Termasuk di dalam keupayaan ini adalah dari segi keupayaan intelek, keupayaan fizikal dan lain-lain lagi. Ini kerana telah terbukti bahawa bahawa di dalam setiap pertandingan sukan, kita masih mampu menewaskan bangsa-bangsa yang berasal dari negara yang dikatakan penduduknya berbadan sasa, besar dan gagah ini.

Dari segi intelektual, mungkin ada kaitan antara kepesatan perkembangan ekonomi yang di alami oleh sesebuah negara di dunia ini dengan daya intelek penduduk sesebuah negara tersebut. Walaubagaimanapun, perkembangan tamadun manusia yang di alami pada hari ini juga sebenarnya di pengaruhi oleh peristiwa sejarah yang berlaku pada masa dahulu.

Ada cendekiawan yang mengatakan bibit-bibit kejatuhan Islam pada masa dahulu bermula pada Perang Salib dan merebak sehingga pada zaman kegemilangan Islam yang terakhir iaitu di Empayar Turki Uthmaniyah. Para cendekiawan ini menyatakan ilmu-ilmu yang dikaji oleh para ilmuwan Islam dahulu telah dirampas dan di bawa ke negara yang memenangi peperangan tersebut.

Bermula saat itulah negara yang yang telah memporak-perandakan Islam ini seolah-olah memperolehi sesuatu iaitu yang sangat bernilai iaitu ilmu pengetahuan hasil kajian para sarjana Islam dahulu, lalu kajian ini diteruskan dan dikembangkan lagi dengan cara mereka sendiri.

Dengan ini terbuktilah bahawa daya intelektual boleh dimiliki oleh mana-mana bangsa jua di dalam dunia ini dan tiada pula kelas-kelas tertentu yang dapat dikategorikan kepada bangsa-bangsa di seluruh dunia ini seperti yang dinyatakan oleh seorang ahli falsafah Charles Darwin di dalam teorinya yang tidak masuk akal.