Thursday, December 13, 2012

TAK DAPAT 'BUFFERED EARNING'? ATASINYA DI SINI

Sekarang ni ada kaedah terbaru bagi anda yang suka mencari duit poket lebih secara online. Memperkenalkan Gushad. Lebih baik dari churpchurp mahupun says.my . Minimum 'cash-out' dia hanya USD 20 iaitu lebih kurang RM 60.30 sahaja. Kepada yang berminat boleh cuba kat sini GUSHAD.

Tuesday, December 4, 2012

MENGENAL KARAKTER MANUSIA

Pertama sekali yang saya nak tekankan kat sini dalam mengenal karakter seseorang, adalah sebuah pepatah omputih yang tersangatlah famousnya iaitu, 'Don't judge a book by its cover' . Melalui pengalaman saya, orang yang baik tu tak semestinya muka dia nampak baik dan yang jahat tu pulak, tak semestinya muka dia nampak jahat. Saya selalu menganggap orang-orang yang lebih muda dari saya, biasanya akan sedar dirinya dan menghormati orang yang lebih tua seperti saya. Akan tetapi, dalam sesetengah orang yang saya jumpa, perkara ini tidak berlaku. Saya pun kadang-kadang heran dan bertanya pada diri sendiri, adakah saya juga pernah kurang ajar begitu? Malangnya saya tidak menemui jawapannya. Mungkin orang-orang seperti ini juga tidak tahu menghormati ibu bapanya, sebab itu dia juga tidak tahu menghormati orang lain yang lebih tua darinya. Seperkara lagi sebagai tambahan, melalui pemerhatian saya juga, perangai manusia kebanyakannya berlegar di antara 7 jenis perangai yang asas. Jika anda pandai menilai , anda akan dapati setiap orang itu mempunyai 7 jenis perangai yang sama di antara satu sama lain. Saya dah sedar perkara ini sejak dulu lagi, tetapi saya rasa 'bakat' menilai perangai orang ini tidak dimiliki semua orang, tetapi bukanlah pula maksud saya tidak boleh dipelajari. Apabila saya dapat kaitkan ketujuh-tujuh jenis perangai manusia ini, saya kemudiannya dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan seseorang itu. Contohnya seperti cepat marah, sensitif, suka mengambil kesempatan dan sebagainya. Perkara ini amat berguna apabila saya cuba mengenali teman yang baru saya kenal dengan lebih rapat.