Monday, August 8, 2016

Perbahasan mengenai di mana Allah berada

Ahli sunnah sepakat mengatakan bahawa Allah wujud tidak bertempat. Ini juga membawa maksud bahawa Allah berada di mana-mana sahaja mengikut kehendakNya. Namun begitu, ada sebahagian lagi pendapat iaitu golongan yang terkenal dengan gelaran Wahabi, mengatakan bahawa Allah berada di Arsy, seperti yang dinyatakan di dalam al-Qur'an di dalam surah As-Sajadah (surah ke 32, ayat ke-4) iaitu :

Allah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Bagimu tidak ada seorang pun penolong maupun pemberi syafaat selain Dia. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?

Lalu pendapat manakah yang lebih tepat?

Sebelum melanjutkan, maafkan saya terlebih dahulu kerana saya bukan lah sesiapa. Saya hanya seorang sarjana muda di dalam bidang perniagaan, yang sememangnya tiada kaitan dengan ilmu al-quran mahupun hadis. Namun sebagai seorang Islam, saya merasakan bahawa saya juga layak untuk memberi pendapat dan juga menerima kritikan melalui hujah dan saluran yang betul dari pembaca budiman...

Saya merasakan bahawa kedua-dua pendapat tersebut ada kebenarannya. Saya mengambil hujah berkenaan 'masa'. Jika anda pernah membaca buku bertajuk 'Hakikat takdir dan keabadian masa' karya Harun al-Yahya (nama pena). Idea di dalam penulisan buku ini menekankan bahawa Allah tidak terikat dengan sistem masa seperti makhluk. Yakni dapat juga dikatakan bahawa Allah tiada permulaan dan tiada pengakhiran, kerana Dia lah permulaan dan Dia juga lah pengakhiran, seperti yang terdapat di dalam 99 namaNya.

Jika dilihat di dalam surah as-Sajadah di atas, 'Allah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy'. 

Ia seperti membawa maksud bahawa Allah dapat melakukannya secara serentak, dengan mengambilkira bahawa Dia tidak terikat dengan masa. Apa yang saya cuba sampai kan di sini adalah, Allah menciptakan langit dan bumi dan dalam masa yang sama, dia juga bersemayam di atas 'arsyNya. Perkataan 'kemudian' di dalam ayat tersebut seakan-akan berfungsi sebagai 'gambaran' sahaja, supaya manusia dapat memahami urutan sesebuah kisah tersebut. Kerana manusia juga dijadikan melalui pelbagai fasa dan proses (masa dan proses saling berkaitrapat antara satu sama lain). Jika perkataan 'kemudian' membawa maksud 'selepas itu', maka pembahasan mengenai Allah tidak terikat dengan masa menjadi tidak relevan dan itu adalah sesuatu yang mustahil. Keterbatasan akal manusia memerlukan kita memahami bahawa sesuatu perkara itu memerlukan 'proses' tertentu, sedangkan di sisi Allah, ia tidak perlu dan juga tidak membawa sebarang kesan.

Dengan ini dapat disimpulkan juga bahawa Allah wujud tidak bertempat adalah hujah yang boleh diterima kerana Allah dapat melaksanakan apa jua yang dikehendakiNya samada tempatNya di 'arsy ataupun tidak.

Dapatkah anda memahami bagaimana ia berlaku? Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah.

Wednesday, July 13, 2016

Biarkan aku bersama melodi sepi

Orang kata, kalau kita sepi, buat lah sesuatu. Tapi aku...

Aku malu jika orang tahu kesepian ku ini. Ramai juga orang yang bahagia walaupun tidak berteman. Tapi yang pastinya, bukan aku...

Sepi ini telah bertukar menjadi dendam. Ku lihat banyak manusia yang tidak layak untuk menjaga amanah, diberikan amanah. Aku hairan dengan apa yang berlaku. Di kala ada manusia yang ingin kan amanah, tidak dianugerah, padahal dia lebih baik dalam menjaga amanah, berbanding manusia yang tidak layak dan khianat. 

Lambat laun, detik itu akan tiba jua. Mungkin ketika itu, aku tidak lagi berdendam. Tetapi, bagaimana jika aku masih berdendam?

Oh....pedih rasa. Ku lihat juga, ada manusia yang telah menjadi baik dan alim seperti alimnya seekor kucing, selepas mereka bernikah. Persoalannya, adakah pernikahan itu penyebab dia berubah? Dan jika benar, adakah dia benar-benar berubah? Bagaimana jika dia hanya berubah menjadi baik oleh kerana hendak menikah? Tidak malukah dia ? Menyamar menjadi baik ? Teramat malu lah sepatutnya orang ini kerana teramat dayus dan hipokritnya.




Sunday, March 6, 2016

Monolog

Dah lama aku tak menaip di blog. Aku ingat nak story sepintas lalu la kisah hidup aku yang lampau. Sebab walaupun aku masih muda, baru 33 tahun ni. Namun aku rasa kisah hidup macam aku ni jarang-jarang orang cerita....


Hanya babak semasa aku kat martikulasi lah rasanya yang aku nak publish kat sini. Sebab waktu tu agak menarik juga. Bermacam experience dan memory yang aku tinggalkan. Sangat tidak terungkapkan...

Aku dapat matriks yang memang jauh la dari negeri asal aku. Nun di pantai timur. Waktu tu belum ada highway lagi. Jam perjalanan? Naik bas, 9 jam . Bayangkan ....

Tu belum pengalaman naik bas tengah malam. Dengan sejuk, khuatir. Macam2 lagi lah...tambah2 jalan2 tu macam2 ada...

Cuaca kat pantai timur memang sedikit berbeza. Cuacanya agak panas. Selalu lepas kelas, aku balik makan kat gerai milik seorang kakak. Menu dia hari2 lebih kurang jer. Gulai kari dan ayam goreng. Memang banyak la ayam goreng. Itu je la pun yang budak2 suke makan. Memang laris lah...


Petang2 aku gi jogging dari kampus sampai ke pantai. Biasanya aku jogging one shot, tak berhenti langsung sampai ke pantai. Tapi aku tak pernah kire la pulak bape jaraknye. Rasa nya lebih 1 km. Mase tu aku memang ada semangat lagi walaupun result SPM aku tak seperti yang diharapkan. Jadi matrikulasi mase tu adalah peluang kedua aku untuk meneruskan cita2 aku dalam bidang yang aku minati. Namun langit tidak selalu cerah...

Aku macam budak lain gak. Study ...kebanyakan masa memang kat kampus . Takde lagi warden garang macam kat sekolah asrama dulu. Part ni aku memang tak berapa ingat. Contohnya macam tak ikut peraturan, apa hukuman yang dikenakan. Kalau tak silap, hukuman berbentuk bayar denda kot...ahh, memang tak igt dah la...

Kekadang petang2 aku main badminton ngan sorang sahabat baik aku. Memang style pun dah macam aku. Selalu bersilat sekali dalam bilik. Training...

Kekadang aku main bola tampar. Aku minat giler. Tapi court selalu budak2 dah booking awal. So jarang lah dapat main. Aku kalau serve, memang orang susah balas balik. Mesti terkeluar. Sebab aku kasi bola swing satu....Pingpong pun same. Aku serve bola laju...cuma yang berpengalaman saja yang boleh handle. Beginner biasanya tewas....


Sukan paling aku minat tentu lah bola sepak. Tapi tu lah, masalah dulu sampai sekarang, tak cukup korum. Aku bukan budak bola, tapi minat bola. Pelik tak..

Bila dah masuk semester 2, baru buka satu gerai burger. Tapi rasa burger dia biasa2 je. Aku makan sampai jemu. Kekadang aku tak berduit, aku beli roti jer kat kedai. Roti cekelat. Tapi...ayah aku kasi duit cukup. Pasal ape aku makan roti ek? Ntah la, aku pun dah lupe...

Cuma yang paling ingat, aku kena jaundice. Fuh, siksa sungguh. Aku tak lalu langsung nak jamah nasik. Aku cube gak cari bende2 manis untuk masuk mulut aku, kasi ada tenaga untuk gi kelas. Mase tu la aku langkah kaki gi kedai, beli sendiri roti cekelat. Aku jarang minta tolong kawan, sebab aku tak suke susahkan orang. Lagipun bebudak tu bukan ade yang faham aku sakit. Sebab aku tak suke tunjuk yang aku sakit..

Yang paling tak best, setelah berminggu aku menanggung derita seorang diri. Akhirnya penyakit aku sembuh dengan sendirinya. Tu pun lepas aku jalan gi Klinik Kesihatan berhampiran. Doktor just bagi vitamin je pun. Nak jadi cerita, lepas aku makan vitamin tu ikut masa yang ditetapkan. Hanya 2 ke 3 biji sekali. AKu terus sembuh. Pelik tapi benar.

bersambung...........